• Laman Utama
  • Pentadbiran
  • Bahagian
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Indeks Artikel


Pengenalan


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan di Negeri Selangor. Pelaksanaan aktiviti BKKM adalah berdasarkan peruntukan dan prosedur yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Dari aspek operasi, Bahagian ini berpusat di Tingkat 14, Wisma Sunway, Shah Alam manakala Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor beroperasi di Bandar Botanik, Klang.
Skop aktiviti program Bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa makanan dan penguatkuasaan.
 

Objektif Am

Objektif am Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan makanan sepanjang penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan.

Objektif Khusus

Objektif khusus Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:-
i - Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
a. Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
b. Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
c. Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv - Menentukan konsainan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v - Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan.

Maklumat atas talian :
1) Maklumat terkini berkaitan isu keselamatan makanan boleh diakses di http://fsq.moh.gov.my/
2) Perkhidmatan atas talian boleh diakses di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?s=online-services
3) Facebook : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
4) Facebook : Food Rangers BKKM Selangor



 
Makmal Keselamatan Dan KualitiI Makanan (MKMM) Selangor
 
MKKM Selangor berperanan dalam memberi perkhidmatan analisis makanan yang cekap dan berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Perkhidmatan analisis makanan ini melibatkan pensampelan bagi tujuan pengawasan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan dan keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.

Makmal ini diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 dan semua juruanalisa makanan di makmal adalah berdaftar dengan Akta Juruanalisa Makanan 2011.
Bagi menjamin keputusan analisis yang dikeluarkan oleh makmal adalah keputusan yang konsisten dan berkualiti, makmal ini telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 dengan nombor Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 0159 oleh Jabatan Standard Malaysia.
 

Piagam Pelanggan
Memastikan laporan keputusan analisis yang berkualiti dikeluarkan mengikut Turn Around Time (TAT) yang ditetapkan:-

Analisis Sampel TAT (hari)
Mikrobiologi 14
Kimia 30
Tahan Uji Lepas Sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/

 

 
 
 
 
 
Residu Dadah Veterinar
Analisis: Phenicol, Nitrofuran, Tetracycline, Sulfonamides, Anthelmintics
Instrumen: HPLC with Photo Diode Array Detector dan LC-MS 
Residu Racun Perosak
Analisis: Organofosforus, Carbendazim, Sintetik Piretroid, Organoklorin, CS2
Instrumen: GC with detector ECD, FPD and Tandem Mass Spectrometry
Aditif Makanan
Analisis: Pengawet, Pewarna Makanan, Pemanis Tanpa Zat
Instrumen: HPLC with Photo Diode Array Detector
Standard dan Pelabelan Makanan
Analisis: Analisis Proksimat, Kandungan Alkohol, Kafein
Instrumen: HPLC with Photo Diode Array Detector and GC with headspace, Solvent autoextractor, Fat analyzer
Percemaran Industri dan Persekitaran Makanan
Analisis: Logam berat, Dioxin
Instrumen: ICPMS dan High Resolution Mass Spectrometry GC
Mikotoksin dan toksin semulajadi
Analisis: Aflatoksin, Tetradotoksin
Instrumen: LC with Fluorescence detector and Tandem Mass Spectrometry
Mikrobiologi Makanan
Analisis: Pategonik, indikator,AMR, bacterial identification
Instrumen: MALDITOF
Bioteknologi Makanan
Analisis: Genetically Modified Organism, Penspesisan dan Molekular
Instrumen: Real Time PCR, Sequencer
 
 Keupayaan makmal penuh dan terkini sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/
 
 


 

Seksyen Pensijilan dan Pelesenan

 Pengenalan

Seksyen ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan, pelesenan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan pengguna. Seksyen ini terdiri daripada tiga unit berikut :

Fungsi dan Aktiviti Seksyen

Unit Keracunan Makanan (KRM) dan Pelesenan

  • Pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi seperti sekolah, hospital, katerer dan kilang.
  • Menyelaras permohonan bagi Pelesenan Air Mineral Semulajadi (AMS), Air Minuman Berbungkus (AMB), Mesin Jual Air (MJA) dan Ais.
  • Menyelaras permohonan Trust MyCatering dan MyFood Tag.

Unit Pensijilan

  • Menjalankan audit Pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP KKM, Food Defense dan Skim Pensijilan Makanan Autentik.
  •  Melaksanakan pemeriksaan premis bagi tujuan Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS).

 
Unit SLPM, Komunikasi dan Kepenggunaan 
 
  • Menjalankan audit Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM).
  • Menjalankan aktiviti promosi keselamatan makanan.
  • Perhubungan awam, media dan industri.
 

Maklumat lanjut dan borang permohonan Pensijilan dan Pelesenan, sila rujuk http://fsq.moh.gov.my/




Seksyen Pematuhan Domestik dan Import  

Pengenalan

Seksyen ini bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Fungsi dan Aktiviti Unit

Unit Pematuhan Domestik

  • Menyiasat aduan berkaitan keselamatan makanan dan kesalahan iklan di media cetak atau elektronik.
  • Menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan makanan.
  • Menyelaras aktiviti arahan recall dan sitaan produk maka
  • nan.
 
Unit Pematuhan Import
 
  • Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya melalui aktiviti pemeriksaan dan pensampelan konsainan makanan di Pintu Masuk.
  • Menjalankan aktiviti seperti penahanan, penarikan balik, penolakan, pendakwaan, pemusnahan konsainan makanan yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
 
 
1. Pendaftaran premis makanan boleh dilakukan oleh pemilik premis di pautan http://fosimdomestic.moh.gov.my.
2. Carta Alir Pengimportan Makanan dan Maklumat untuk Pengimport Makanan boleh diakses di pautan http://fsq.moh.gov.my/
 
 

Seksyen Eksport


Pengenalan


KKM merupakan Competent Authority (CA) bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan China dan juga bergantung kepada keperluan negara-negara pengimport yang lain.
Seksyen Eksport berperanan untuk menyelaras, menjalankan dan menilai aktiviti kawalan eksport makanan di peringkat negeri.


Fungsi dan Aktiviti Unit

Unit Audit

  • Menjalankan audit pematuhan bagi tujuan meluluskan / mendaftarkan / menyenaraikan premis pemprosesan untuk tujuan pengeksportan berdasarkan keperluan negara pengimport seperti Kesatuan Eropah, China, Vietnam, Amerika Syarikat dan Singapura.
  • Merancang, menjalankan dan menilai siasatan ke atas penolakan eksport makanan.
  • Menyelaras dan menjalankan audit dalaman dan joint audit bagi memastikan akitivit kawalan rasmi yang dijalankan adalah mengikut prosedur kawalan eksport.
 

Unit Pensampelan

  • Menjalankan pensampelan bagi premis pemprosesan makanan/pengeksport yang tersenarai di bawah kawalan rasmi KKM dan menyediakan laporan pensampelan.
  • Pengeluaran Sijil Kesihatan, Sijil Penjualan Bebas bagi produk makanan.
 

Sijil Eksport

  • Berdasarkan permohonan yang lengkap :
    • Sijil Penjualan Bebas dikeluarkan dalam tempoh 1 hari.
    • Sijil Kesihatan ke EU dikeluarkan dalam tempoh 3 hari (HACCP KKM dan EU Listing)
    • Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari ( HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM dengan pensampelan produk akhir)
    • Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari (tanpa HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM)
    • Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja (dengan HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM)
Maklumat lanjut keperluan Pengeksportan Makanan boleh diakses di pautan http://fsq.moh.gov.my/
 

 
 

Seksyen Surveilan & Kualiti

Pengenalan

Seksyen ini bertanggungjawab untuk menilai keselamatan makanan melalui aktiviti pemantauan serta memastikan hasil kerja BKKM mencapai sasaran melalui penyelarasan aktiviti kualiti.
 
 

Fungsi dan Aktiviti Unit

Unit Surveilan

  • Melaksanakan aktviti pensampelan makanan bagi tujuan pemantauan keselamatan makanan.
  • Melaksanakan Projek Total Diet Study (TDS) berkaitan keselamatan makanan dalam menilai tahap pendedahan kontaminasi dari sumber makanan yang dimakan antaranya logam berat dan residue racun perosak.
  • Terlibat dalam pemantauan keselamatan makanan bagi aktiviti yang melibatkan zoonosis di peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menjalankan aktiviti kajian spesifik berhubung keselamatan makanan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Unit Kualiti

  • Mengurus aduan dan pelaporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) KKM.
  • Menyediakan Laporan Key Performance Index, Quality Assurance Programme dan Piagam Pelanggan.
  • Menyelaras maklum balas serta tindakan bagi aktiviti MS ISO9001:2015, Sistem EKSA, Pelan Tindakan Keselamatan dan Kualiti Makanan, MyPortfolio, Inovasi KKM dan Anti Bribery Management System (ABMS).
  • Menyelaras penulisan Laporan Tahunan BKKM serta mengemaskini maklumat di laman web JKNS.

 


Seksyen Pentadbiran

Bertanggungjawab atas segala urusan pentadbiran pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan memastikan segala urusan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berkualiti selaras dengan undang-undang, pekeliling, peraturan perbendaharaan dan prosedur kewangan serta peraturan perkhidmatan yang berkuatkuasa.


 
 

 

 

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9665667

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 01 Mac 2021

 

Totop Scroller