Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (TPN) dan Admikstur Intravena (IV Admixture)

Nutrisi Parenteral (PN) merupakan suatu kaedah pemberian nutrisi kepada pesakit melalui laluan parenteral dan ia digunakan untuk memberi sama ada sebahagian atau keseluruhan komponen nutrisi bagi memenuhi keperluan harian pesakit. Aktiviti penyediaan nutrisi parenteral dijalankan dengan menggunakan teknik aseptik.

Admikstura intravena (IV) pula merupakan campuran / sediaan intravena yang dihasilkan daripada pencampuran satu atau lebih bahan ubat steril atau ubat suntikan ke dalam larutan intravena dengan menggunakan teknik aseptik.

Fasiliti- fasiliti yang menyediakan perkhidmatan nutrisi parenteral adalah seperti berikut:

  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Hospital Selayang
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Serdang (pemusatan di Hospital Shah Alam)
  • Hospital Ampang (pemusatan di Hospital Sungai Buloh)
  • Hospital Kajang
  • Hospital Shah Alam

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 12848087

  • Tarikh Kemas kini: 23 Jun 2022

 

Totop Scroller