Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR)

Ubat-ubat sitotoksik disediakan dengan cara yang selamat dan berkesan serta siap untuk diguna di wad. Sediaan ini merupakan komponen yang penting di dalam rawatan pesakit kanser.

Penyediaan ubat sitotoksik perlu dijalankan oleh pegawai yang terlatih dalam kawasan khas dan terkawal dengan peralatan yang sesuai bagi mengelakkan pendedahan kepada ubat tersebut.

Fasiliti- fasiliti yang menyediakan perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik adalah seperti berikut:

  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (disediakan di Hospital Putrajaya)
  • Hospital Selayang
  • Hospital Sungai Buloh (disediakan di Hospital Selayang)
  • Hospital Serdang (disediakan di Hospital Putrajaya)
  • Hospital Ampang

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 12848036

  • Tarikh Kemas kini: 23 Jun 2022

 

Totop Scroller