KAUNTER URUSAN LESEN

PEMBERITAHUAN : KAUNTER URUSAN LESEN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI 

Untuk makluman, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula 14 Oktober 2020, sebarang urusan di kaunter lesen di Bahagian ini adalah secara temujanji.

Permohonan lesen/ permit melalui Sistem My.Pharma-C masih beroperasi seperti biasa.

Pemeriksaan premis baharu dan temuduga (pemohon lesen racun jenis B) akan dijalankan secara atas talian/ panggilan video.

Lesen yang telah siap dicetak akan dihantar melalui pos berdaftar.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan di talian 03-51237333.
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

 

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9193519

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 20 Oktober 2020

 

Totop Scroller