Pertandingan Filem Pendek Riben Merah

Yayasan AIDS Malaysia dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Filem Pendek Riben Merah. Anda berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM6,000 dan penyertaan adalah PERCUMA. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2021.

Pertandingan dibuka bagi 2 kategori iaitu:

1) Pelajar Sekolah Menengah (13-17 tahun)
2) Pelajar Universiti & Orang Awam (18-30 tahun)

Kongsikan kreativiti anda bagi salah satu daripada tiga topik berikut dalam video tidak melebihi 5 minit:

1) Transmisi Seksual
2) Rawatan dan Pencegahan HIV
3) Stigma dan Diskriminasi

Layari rrsf.yam.org.my untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini. Selamat berjaya!

#YayasanAIDSMalaysia #YAM #MalaysianAIDSFoundation #MAF #YayasanSimeDarby #YSD #HIV #AIDS #RedRibbonShortFilm #FilemPendekRibenMerah #RRSF

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9665332

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 01 Mac 2021

 

Totop Scroller