pengarah.jpg

Dato' Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar 
D.P.M.S, A.M.N

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

pembuka-kata
Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
 
Dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segala aspek kehidupan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor komited menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan kesihatan, perkhidmatan yang disediakan di semua hospital dan klinik, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan Negeri Selangor serta pelbagai lagi maklumat kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor khasnya dan masyarakat umum amnya.

Melalui medium rasmi ini, saya berharap masyarakat mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan pengetahuan tentang kesihatan diri dan keluarga supaya dapat bersama-sama kita merealisasikan impian melahirkan masyarakat yang sihat sepanjang hayat.

Ungkapan KAMI SEDIA MEMBANTU jelas membuktikan komitmen Jabatan Kesihatan Negeri Selangor membantu melahirkan masyarakat yang peka kepada kesihatan diri yang secara langsungnya dapat meningkatkan taraf kesihatan negara.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.
Penutup-kata

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

 

style1
style2
style3
style4

facebook
twitter
rss
code
W3C