Cina
Tamil

style1
style2
style3
style4
teks biru
teks hijau
teks hitam
teks merah
decrease reset increase
facebook
tweet
youtube
rss2
code
mobile
W3C
  • Kemaskini Terakhir: 31 Oktober 2014.

Bahagian Kesihatan Awam - Unit Kejuruteraan Kesihatan

Halaman

Unit Kejuruteraan (Kesihatan Awam) Bertanggungjawab Dalam Melaksanakan 2 Aktiviti Utama

* Kejuruteraan Alam Sekitar

* Kejuruteraan Kemudahan Kesihatan

* Keselamatan Sinaran

Objektif

1. Untuk meningkatkan tahap sanitasi di luar bandar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air.

2. Bagi menentukan semua bekalan air awam di kawasan bandar dan luar bandar adalah selamat untuk digunakan serta bebas dari sebarang pencemaran fizikal, bakteria dan kimia.

3. Bagi menentukan kesihatan alam sekitar dilindungi melalui pengurusan yang baik dalam melupuskan sisa-sisa buangan seperti sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksik.

4. Melindungi kesihatan awam melalui pengurusan yang baik dalam merancang, merekabentuk, melaksana, operasi dan penyelenggaraan sistem pengurusan air sisa.

5. Melindungi kesihatan awam daripada pencemaran udara dan keadaan pengudaraan persekitaran dalaman yang sempurna melalui program PEKA.

6. Menyelaras dan menyelia program penyelenggaraan dan kerja-kerja kecil bangunan dan kemudahan kesihatan serta menyediakan khidmat nasihat teknikal di mana ia diperlukan.

7. Mengawal penggunaan sinaran mengion dalam perubatan melalui penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi tujuan perlindungan kepada pesakit, pekerja dan orang ramai.

8. Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.

9. Memantau kesan kesihatan berikutan penggunaan sinaran tak mengion dalam kehidupan harian.

KEJURUTERAAN KESIHATAN ALAM SEKITAR

Aktiviti Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar terdiri dari 3 sub-aktiviti utama iaitu :

  •  Bekalan Air Luar Bandar dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS)
  •  Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  •  Perlindung Kesihatan Alam Sekitar (PEKA)
4903446
Anda di: