Oleh Wartawan BH - Januari 4, 2023 @ 8:59am
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dan kekal berada di bawah 400 kes untuk dua hari berturut-turut. Semalam, jumlah kes jangkitan harian turun kepada 333 kes, berbanding 360 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19. Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam juga turun kepada 11,763 kes dan daripada jumlah itu, 11,109 kes atau 94.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 622 pesakit mendapat rawatan di hospital. Daripada jumlah itu juga, 32 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Portal itu juga merekodkan sebanyak 376 kes sembuh.
Sumber : Berita Harian Online