A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Jerebu: Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi semalam

KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, dengan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi 169, setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).
 

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Capture

 

 

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. 

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di laman sesawang https://apims.doe.gov.my/home.html. Orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut.
 
  
370172962 714359184059421 5944550780262516612 n 385846902 714359217392751 8856520770280981279 n 386196049 714359207392752 9087839489271745019 n