Mengenai Hospital Ampang
Hospital Ampang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 sebagai Projek Turn Key di atas tanah yang berkeluasan 10 ekar. Ia mula dibuka secara berperingkat pada April 2006.
Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya yang bersempadan dengan Kuala Lumpur memberikan alternatif kepada penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
Hospital ini merupakan sebuah Pusat Rujukan Nasional bagi rawatan Hematologi dan menawarkan rawatan tertiari Hematologi dan sekunder perubatan.
Hospital Ampang terdiri daripada:
1 Blok Utama 8 tingkat
1 Blok Asrama Jururawat 4 tingkat
1 Blok Parkir 5 tingkat
3 Blok Kuarters Kakitangan
Hospital ini mempunyai 17 wad dengan kapasiti sebanyak 701 katil. Hospital ini juga merupakan antara hospital yang terawal menggunakan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu atau Total Hospital Information System (THIS)
Objektif
Memberi perkhidmatan perubatan yang komprehensif, berkualiti dan realistik melalui:
- Fokus kepada pelanggan
- Peningkatan kualiti berterusan
- Kerjasama pintar dengan agensi lain dan masyarakat
- Persekitaran sihat
- Pendidikan berterusan
- Budaya korporat dan amalan nilai murni
Piagam Pelanggan
- Pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional, efisien, efektif dan berkualiti.
- Pelanggan akan terlibat secara lansung dalam perbincangan masalah kesihatannya, prosedur dan rawatan yang disediakan termasuk rawatan alternatif. Pelanggan akan mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
- Setiap pelanggan akan di beri rawatan yang komprehensif. Pelanggan yang memerlukan rawatan spesifik/kepakaran yang tiada disediakan perkhidmatan di Hospital Ampang akan dirujuk ke hospital yang berkaitan.
- Pelanggan akan diberi jaminan bahawa hal-hal peribadi dan segala maklumat pelanggan dan rawatan adalah rahsia.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun , jujur dan ikhlas.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih dan selesa akan disediakan.
- Maklumbalas / cadangan dan aduan akan diambil tindakan dengan segera dengan adil.
Pelanggan dikehendaki mematuhi peraturan yang digariskan dari masa ke semasa oleh pihak Hospital Ampang.