Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, Program Berkhatan Peringkat Hospital Banting Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah! Acara ini dianjurkan oleh Unit Penyeliaan Hospital, Unit Hal Ehwal Islam, Persatuan Pasca Siswazah Hospital Banting dengan Kerjasama Strategik Masjid At Taqwa Banting.
17 Januari 2025: Kursus berkhatan melibatkan 21 peserta yang terdiri daripada paramedik dan pegawai perubatan. Peserta diberi taklimat oleh Pakar Pembedahan, Fasilitator Training of Trainers Berkhatan Kebangsaan dan sesi hands-on pada sebelah petang.
![]() |
![]() |
![]() |
18 Januari 2025: Program berkhatan dengan penyertaan 28 kanak-kanak.
💫 Acara dimulakan dengan perarakan dan selawat yang membawa suasana harmoni, diikuti dengan acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara bersiram oleh pihak Bomba Banting yang penuh keceriaan dan simbolik. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting atas kesudian khidmat kemasyarakatan dan memeriahkan majlis lagi.
![]() |
![]() |
|
|
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa, dan barisan petugas yang menjayakan program ini. Usaha murni ini bukan sahaja memberikan pengalaman bermakna kepada anak-anak, malah mengeratkan ukhuwah dalam komuniti kita.
![]() |
![]() |
Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk menyumbang kepada kesihatan dan kebajikan masyarakat sekaligus melahirkan lebih banyak Jurumudim Bertauliah.
Terima kasih atas sokongan semua pihak.
#ProgramBerkhatan2025
#HospitalBanting
#KomunitiPrihatin
#KeceriaanBersamaHospitalBanting 2025 🎉