Skim Perlindungan Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) telah mula dilaksanakan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai 1 Januari 2011. Pekerja asing yang bekerja di Malaysia dikehendaki membeli polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) dengan bayaran premium RM120.00. Polisi ini memberi perlindungan rawatan pesakit dalam dan pembedahan di hospital KKM sehingga maksimum RM10,000.00 setahun untuk seorang pekerja asing.
Setiap pekerja asing yang dilindungi di bawah polisi SKHPPA yang dimasukkan ke hospital KKM tidak perlu membayar sebarang deposit atau mengemukakan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat insurans. Kemasukan adalah secara cashless. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri atau passport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital KKM.
SPIKPA juga telah mula dilaksanakan di Sabah mulai 1 Julai 2012. Semua pekerja asing (kecuali pembantu rumah) yang bekerja di Sabah dikehendaki membeli polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA)
SYARIKAT INSURANS YANG BERDAFTAR DENGAN KKM UNTUK SKIM SPIKPA