Misi
Unit Teknologi Maklumat akan berusaha memastikan kemudahan infrastruktur dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat digunakan secara optimum melalui pemantauan secara berkala dan perkongsian maklumat yang berterusan.
Visi
Unit Teknologi Maklumat akan menjadi pelaksana dan penyelaras perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamik,cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Objektif
Membantu mempertingkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan urusan dan sistem penyampaian Hospital Kuala Kubu Bharu menerusi penggunaan teknologi maklumat.
Piagam Pelanggan
- Memastikan semua permohonan emel diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan semua permohonan kemaskini laman web akan diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memastikan semua Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja atau berdasarkan Service Level Agreement (SLA) yang telah ditetapkan di dalam kontrak Pengoperasian dan Penyelenggaraan Berpusat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi peralatan ICT di bawah kontrak
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Pelaksanaan capaian dan keperluan rangkaian internet/intranet
- Pelaksanaan capaian dan keperluan rangkaian internet/intranet
- Penyelaras keperluan dan perkhidmatan ICT
- Pemantauan keselamatan ICT
- Pelaksanaan Pengurusan Emel KKM
- Pelaksanaan khidmat bantuan dan sokongan teknikal ICT bagi pengguna sistem
- Pelaksanaan pentadbiran, perolehan dan pengurusan ICT
- Pelaksanaan dan pemantauan web jabatan
- Penyelenggaraan aset ICT
Waktu Operasi
Unit ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am.
Dasar Keselamatan ICT KKM Versi 5.0
https://online.fliphtml5.com/vzfyg/gwxk/#p=4