Misi
Memberi Perkhidmatan dalam bidang Pengurusan Kewangan yang profesional dan berkualiti serta kepuasan kepada semua pihak mengikut Peraturan Perbendaharaan yang telah ditetapkan.
- Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang berkesan.
- Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan
- Menguatkuasakan semua peraturan kewangan.
Visi
Ke arah mencapai kualiti Pengurusan Kewangan yang terbaik kepada semua pihak disamping melaksanakan fungsi-fungsi kewangan Jabatan dengan lebih efektif dan konsisten.
Objektif
Unit Kewangan
- Mengawal semua urusan kewangan Unit di peringkat
- Memproses pembayaran invois / bil / tuntutan dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan Pesanan Tempatan (LPO) dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
Unit Hasil
- Memastikan semua hasil dikutip dilaksanakan mengikut peraturan yang betul dan diakaunkan dengan betul.
- Menjadi urusetia bagi Lembaga Perolehan di peringkat
Gaji
- Memproses pembayaran gaji kakitangan tetap / kontrak yang baru dilantik dalam tempoh 1 bulan dokumen lengkap dari Unit Sumber Manusia.
- Memastikan pembayaran gaji kakitangan tetap yang bertukar masuk bersambungan dengan gaji akhir yang dibayar oleh Jabatan lama.
- Memproses pembayaran gaji kakitangan MyStep dalam tempoh 7 hari daripada penerimaan dokumen lengkap.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan baucar pembayaran dalam masa 7 hari waktu bekerja selepas tarikh penerimaan invois.
- Menyediakan baucer tuntutan perjalanan dan lebih masa dalam 7 hari waktu bekerja selepas tarikh penerimaan permohonan.
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
- Memperakukan peruntukan dan perbelanjaan yang diterima pada tahun semasa.
- Memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan
- Memproses pembayaran gaji bagi kakitangan baru/kontrak/ MyStep serta semua dokumen dihantar ke Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Menyediakan laporan-laporan kewangan, hasil, gaji, dan perolehan.
- Memproses semua pinjaman perumahan, kenderaan dan computer bagi kakitangan yang layak.