Misi
Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika profesional dam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dari aspek pengesanan awal, pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit melalui pelaksanaan undang-undang kesihatan awam
Visi
Menyalurkan perkhidmatan kesihatan awam yang optima kepada pesakit dan warga kerja
Objektif
- Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke anggota dan dari pesakit kepada orang awam semasa berada di dalam hospital.
- Merancang, mengurus dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan hospital.
- Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan hospital.
- Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta-Akta Kesihatan di kawasan
- Merancang, melaksana dan memantau program Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di hospital.
- Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah
- Memastikan warga kerja hospital sentiasa sedar maklumat terkini mengenai perawatan penyakit berjangkit
Piagam Pelanggan
Memastikan penyakit berjangkit dinotifikasikan secepat mungkin dalam masa yang ditetapkan pengumpulan data penyakit berjangkit satu hospital bulanan
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
- Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit Berjangkit di dalam kawasan hospital
- Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dalam kawasan hospital
- Penguatkuasaan & Perundangan Kesihatan Awam
-
- Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Memastikan hospital sebagai kawasan Bebas Asap Rokok)
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Hospital sebagai kawasan Bebas Denggi)
- Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (kompaun untuk kes ulangan lewat notifikasi penyakit berjangkit)
Polisi Operasi / Polisi dan Prosedur
Unit ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am.