Misi
Memastikan warga kerja hospital bersama mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit secara berterusan
Visi
Menyediakan sistem penyeliaan klinikal yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota di bawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberikan mengikut akta-akta, peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Objektif
- Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti mengikut garis panduan yang ditetapkan
- Menguruskan sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di unit yang diselia supaya kepentingan perkhidmatan tidak terjejas
- Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota yang diselia
- Memastikan keselamatan hospital terjamin melalui rondaan pemeriksaan
- Membuat persediaan untuk menghadapi bencana dan wabak penyakit
Piagam Pelanggan
- Percentage of fire drill that has been carried out by the hospital in the corresponding year : Fire Drill At Hospital Level Once A Year up to 100% and Table Top Exercise at Hospital Level : Twice A Year
- Peratus Penolong Pegawai Perubatan dengan kelayakan post basic atau latihan lanjutan ditempatkan mengikut bidang pengkhususan >/=40%
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Melaksanakan polisi dan dasar perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Melaksanakan Amalan dan Penguatkuasaan Kod Etika Pembantu Perubatan dan Perintah Am
- Pengurusan dan penyeliaan hal ehwal kebajikan, agihan sumber tenaga dan perkembangan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan
- Menguruskan pembelajaran berterusan (CME) dan pengurusan latihan dalam perkhidmatan dan perkembangan profesional berterusan (CPD) bagi Penolong Pegawai Perubatan
- Membantu menyelia, mengurus dan mentadbir dalam perkhidmatan Hospital Kuala Kubu Bharu
- Menyelaras perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan iaitu Radicare
- Menyediakan latihan kebakaran untuk warga kerja hospital bersama pihak bomba
- Menyediakan latihan dan pelan tindakan bencana
Waktu Operasi
Unit ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am. Penyelia yang oncall memantau keselamatan dan perkhidmatan selepas waktu pejabat dan cuti umum