Misi
Mengamalkan kerja berpasukan dan mengadakan perkongsian bistari dengan lain sektor awam, swasta, masyarakat dan individu.
Visi
Memberikan perkhidmatan perubatan forensik yang cemerlang kepada penduduk daerah Hulu Selangor
Objektif
- Menyediakan dan mengutamakan perkhidmatan perubatan forensik yang bermutu tinggi , berkualiti dan cekap untuk pelanggan 24 jam setiap hari
- Mengendalikan perkhidmatan perubatan forensik, iaitu pengurusan jenazah dan bedah siasat
- Menyediakan perkhidmatan pendermaan tisu
Piagam Pelanggan
- Pelepasan mayat kepada waris dalam masa 4 jam dari masa kematian
- Bedah siasat mayat akan dilaksanakan dalam 24 jam dari masa penerimaan mayat
- Prosedur bedah siasat hanya dilakukan atas kebenaran pihak polis (Borang permintaan pemeriksaan mayat Polis 61)
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
-
Penyimpanan mayat dari luar dan dalam Hospital
-
Melakukan bedah-siasat kes-kes Medikolegal (atas arahan Polis)
Kewajiban Pelanggan
- Mematuhi semua prosedur di Unit Forensik.
- Waris terdekat dan polis wajib hadir untuk mengecam jenazah.
Waktu Operasi
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu pejabat)
- Selepas waktu pejabat dan hari-hari cuti am, anggota Unit Forensik bertugas atas panggilan mengikut jadual yang telah ditetapkan.