Misi
Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Daerah Hulu Selangor melalui perkhidmatan rawatan pesakit yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisyen, menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut persekitaran serta mesra dengan pelanggan.
Visi
Ke arah masyarakat sihat melalui Sistem Perkhidmatan Rawatan Perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua peringkat masyarakat.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif,preventif, kuratif dan rehabilitatif.
- Memberikan rawatan dan rawatan secara holistik untuk pemulihan yang optima.
- Mengutamakan aspek-aspek keselamatan pesakit / pelanggan semasa di wad.
Piagam Pelanggan
Semua pesakit/ waris diberi orientasi dalam masa 60 minit selepas kemasukan pesakit ke dalam wad.
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Aktiviti yang dijalankan merangkumi:-
- Penerimaan kemasukan pesakit ke wad.
- Orientasi pesakit
- Pemeriksaan fizikal dan tanda vital
- Rawatan prosedur
- Rawatan dan Pengubatan
- Pemeriksaan diagnostik
- Pendidikan pesakit
- Persediaan discaj
Waktu Melawat
Setiap hari termasuk cuti umum:-
Sesi tengahari : 12.30 hingga 2.00 petang.
Sesi petang :4.30 petang hingga 7.00 malam
Masa melawat cuma dibenarkan selama 30 minit dan pelawat WAJIB telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19
- Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit dalam wad kecuali dalam keadaan tertentu