Misi

Memberi perkhidmatan yang terbaik menerusi penggunaan teknologi terkini, penyelidikan, pendidikan kesihatan yang berterusan seiring dengan perkembangan perubatan semasa.

Visi

Memberi perkhidmatan hemodialisis yang cemerlang di Daerah Hulu Selangor.

Objektif

  • Memberi rawatan hemodialisis yang berkualiti kepada pesakit buah pinggang end stage renal failure.
  • Menyediakan Klinik Pakar Nefrologi lawatan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan pesakit yang dirujuk.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit hemodialisis perlu menjalani rawatan dialisis selama 4 jam setiap sesi tiga kali seminggu.
  • Kajian KT/V (Dialysis Efficiency Test) akan dijalankan ke atas pesakit setiap 3 bulan bagi menentukan keberkesanan rawatan iaitu 80% dari pesakit dengan bacaan KT/V melebihi 2.
  • Menjalankan ujian paras hemoglobin ke atas pesakit setiap bulan untuk mengetahui peratusan pesakit mempunyai Hb melebihi 10 gm/dl (80% pesakit sepatutnya mempunyai 10 gm/dl).

Skop dan Fungsi Perkhidmatan

  • Memberi rawatan Hemodialisis kepada :
    • Pesakit-pesakit yang memilih kaedah rawatan
    • Pesakit-pesakit yang akan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.
    • Pesakit yang gagal pembedahan pemindahan buah
    • Pesakit yang ‘transit’ dari hospital kerajaan
    • Pesakit hemodialisis dari pusat rawatan swasta yang telah dimasukkan ke wad dengan komplikasi dan tidak stabil untuk dirawat di pusat rawatan swasta asal, maka rawatan hemodialisis akan diberi dengan keizinan pakar nefrologi, setelah status Hepatitis B, C dan HIV telah diperolehi dari pusat rawatan tersebut.
  • Menjalankan ujian darah kalsium dan fosfat tiga bulan sekali dan akan dirujuk kepada pegawai dietetik jika fosfat dalam darah adalah
  • Menjalankan kajian albumin setiap tiga bulan dan akan dirujuk kepada pakar pemakanan jika keputusan darah abnormal.
  • Membuat pemantauan RO mengikut garis panduan yang sedia ada
  • Menyediakan klinik Pakar Nefrologi Lawatan rujukan bagi pesakit-pesakit berikut:- 
    • Pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis di Hospital Kuala kubu Bharu
    • Pesakit yang memerlukan rawatan sebelum dan selepas pemindahan buah pinggang.

Waktu Operasi

Unit hemodialisis dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari termasuk cuti umum dan ditutup pada hari Ahad sahaja.