Misi
Memberi perkhidmatan farmasi bersepadu yang profesional secara berterusan dari segi pembekalan ubat secara efisien dan selamat dan berkonsepkan penjagaan farmaseutikal.
Visi
Ke arah perkhidmatan farmasi yang berkualiti untuk kesihatan dan kesejahteraan negara.
Objektif
- Memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan dengan mesra, cekap dan berkesan, seiring dengan panduan yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal secara profesional dan sentiasa ditambah baik bagi memenuhi keperluan pesakit.
- Menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti, cekap dan kos-efektif dalam terapi ubat-ubatan untuk semua pesakit.
Piagam Pelanggan
- Percentage of medication prescriptions dispensed within 30 minutes with standard >/=95%
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
- Farmasi Pesakit Luar - Perkhidmatan farmasi pesakit luar merangkumi Klinik Pakar, Unit Kecemasan.
- Farmasi Pesakit Dalam - Perkhidmatan pembekalan ubat untuk pesakit di dalam wad serta pesakit discaj.
- Pengeluaran dan Pra-bungkus - Perkhidmatan menyediakan sediaan ekstemporaneus dan membungkus semula produk farmaseutikal dalam bungkusan sedia untuk didispen kepada pesakit.
- Perkhidmatan Farmasi Wad - Perkhidmatan pemantauan penggunaan ubat-ubatan di wad oleh Pegawai Farmasi serta memberi kaunseling mengenai alat bantuan ubat-ubatan seperti penfill, inhaler dan lain-lain berdasarkan permintaan daripada pegawai perubatan.
- Farmasi Logistik (Stor Perubatan) - Perkhidmatan sokongan hospital yang menjalankan proses perolehan dan pembekalan ubat, barang bukan ubat dan gas perubatan
- Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal - Perkhidmatan pengujian darah pesakit bagi menentukan keberkesanan rawatan ubat tertentu kepada pesakit dan memantau paras ketoksikan ubat
- Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) - Perkhidmatan pemantauan lanjut ke atas pesakit bagi memaksimakan kebaikan terapi ubat kepada pesakit.
- Perkhidmatan Maklumat Ubat - Menyelaras penerimaan pertanyaan dan mengemukakan maklumat yang tepat serta menyelaras aktiviti latihan / pembelajaran berterusan
Waktu Operasi