Misi
Menyediakan perkhidmatan diagnosis ujian-ujian makmal dengan cekap, cepat, dipercayai dan berkualiti dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut persekitaran serta mesara dengan pelanggan.
Visi
Ke arah perkhidmatan diagnosis yang berkualiti dan berkesan melalui kawalan sistem pengurusan kualiti dan teknologi terkini yang bersesuaian bagi menyokong dasar kualiti Hospital Kuala Kubu Bharu.
Objektif
Perkhidmatan diagnosa bagi ujian STAT akan dilaksanakan dalam masa 60 minit bagi Unit Patalogi hendaklah tidak kurang 90% dari jumlah permohonan.
Piagam Pelanggan
- Percentage of laboratory turnaround time (LTAT) for urgent Full Blood Count within (</=) 45 minutes with standard >/=90 %
- Percentage of neonatal bilirubin results > 300 umol/l notified within (</=) 30 minutes after result verification >/=95%
- Accuracy of External Quality Assurance (EQA) programme report for blood parasites (malaria) >/=95%
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
- Perkhidmatan Patologi ini terbahagi kepada 5 bahagian yang Bahagian-bahagian ini ialah seperti berikut:-
- Makmal Patologi Kimia
- Makmal Mikrobiologi
- Makmal Hematologi
- Makmal Transfusi Darah
- Bagi ujian-ujian yang tidak ditawarkan, spesimen akan dihantar ke Makmal Rujukan seperti Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Putrajaya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK), Pusat Darah Negara (PDN) dan Jabatan Kimia, Petaling Jaya.
- Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Kuala Kubu Bharu akan sentiasa mengemaskini senarai ujian kepada wad-wad dan Pegawai Perubatan
- Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian rutin patologi kimia dan ujian pengesanan urin dadah.
- Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian mikrobiologi.
- Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian rutin hematologi.
- Menyediakan perkhidmatan transfusi darah.
- Menyediakan perkhidmatan rujukan bagi klinik-klinik kesihatan Daerah Hulu Selangor, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta rujukan lain yang berkaitan.
Kewajipan Pelanggan
- Memastikan borang permohonan ujian makmal telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai perubatan.
- Mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan tentang peraturan yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian.
Prosedur Operasi Umum, Unit Patologi & Transfusi Darah, HKKB
- Pengenalan
- Perkhidmatan Patologi ini terbahagi kepada 4 bahagian yang utama. Bahagian-bahagian ini ialah seperti berikut:-
- Makmal Patologi Kimia
- Makmal Mikrobiologi
- Makmal Hematologi
- Makmal Transfusi Darah
- Bagi ujian-ujian yang tidak ditawarkan, spesimen akan dihantar ke Makmal Rujukan seperti Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Putrajaya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK), Pusat Darah Negara (PDN) dan Jabatan Kimia, Petaling Jaya.
- Perkhidmatan Patologi ini terbahagi kepada 4 bahagian yang utama. Bahagian-bahagian ini ialah seperti berikut:-
Lokasi
Bil | Nama Makmal | Lokasi | Perkhidmatan |
1. |
Unit Patologi & Transfusi Darah |
Bangunan Unit Patologi & Transfusi Darah dan Unit Bekalan Bahan Steril, CSSU (Bersebelahan Klinik Pakar & Unit Pesakit Luar) |
Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Transfusi Darah |
- Kawasan Unit Patologi & Transfusi Darah, HKKB adalah kawasan yang merbahaya, terdedah kepada risiko jangkitan penyakit dan bahan kimia.
- Anggota hospital, pesakit, ahli keluarga dan orang awam dilarang memasuki Unit Patologi & Transfusi Darah, HKKB kecuali dengan kebenaran.
- Semua urusan penghantaran spesimen dan pengambilan keputusan, hendaklah dilakukan di kaunter makmal.
Waktu Perkhidmatan
Lokasi | Waktu Bekerja Biasa | Tugas atas panggilan |
Makmal Utama a. Patologi Kimia b. Hematologi c. Transfusi Darah |
Waktu Pejabat: Isnin-Khamis 8.00 am-1.00 pm 2.00 pm-5.00 pm Jumaat 8.00 am -12.15 pm 2.45 pm- 5.00 pm |
Isnin-Khamis: a. 1.00 pm - 2.00 pm Jumaat: a. 12.15 pm-2.45 pm Sabtu/Ahad/Kelepasan Am: a. 8.00 am - 8.00 am
|
Mikrobiologi | Tiada |
-
- Unit Patologi & Transfusi Darah beroperasi 24 jam bagi perkhidmatan Patologi Kimia, Hematologi, Transfusi Darah dan beberapa ujian mikrobiologi
- Ujian STAT / Segera - bila-bila masa bergantung kepada keperluan
- Dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan bertugas atas panggilan dimana seorang bertugas bagi Patologi Kimia dan ujian Blood Film Malaria Parasite. Seorang lagi bertugas bagi Makmal Hematologi, Transfusi Darah, ujian Blood C&S dan Direct sputum smear microscopy (mengikut kes yang disyaki)
- Pada hari Sabtu / Ahad dan Cuti Am, terdapat seorang Juruteknologi Makmal Perubatan bertugas bagi mengendalikan spesimen dari Jabatan Pesakit Luar (JPL).
Buku Panduan Perkhidmatan Patologi, Hospital Kuala Kubu Bharu Edisi 2021