Misi
Memberikan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan terbaik melalui pasukan kakitangan yang profesional dan berdedikasi secara perkongsian program kluster serta menggunakan teknologi terkini dengan menekankan keselesaan dan keselamatan pesakit.
Visi
Ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan radiologi yang selamat , cekap dan berkualiti
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan yang sesuai, berkesan dan cekap dengan menggunakan teknologi terkini dan kakitangan yang profesional dan terlatih.
- Mengutamakan keselamatan kepada pesakit, orang ramai, kakitangan dan peralatan yang menggunakan perkhidmatan radiologi.
- Memastikan pembangunan profesional yang berterusan secara perkongsian program kluster melalui perkembangan aktiviti dan penyelidikan
Piagam Pelanggan
- Setiap pemeriksaan x-ray akan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 45 minit bagi setiap kes pemeriksaan.
- Setiap filem x-ray yang diproses adalah – kadar penolakan imej adalah </=5%
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Perkhidmatan Radiologi bergantung kepada kemudahan fasiliti yang terdapat di hospital. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pengimejan kepada pesakit dari semua peringkat umur dan disiplin. Jenis perkhidmatan yang disediakan adalah :
- Radiografi Am
- Radiografi Mobile
- Ultrasound
- Radiografi Forensik
- Reporting dan Radiology Consultation
- Sistem temujanji perkhidmatan radiologi khas di Hospital Selayang
Radiografi mobile disediakan bagi pesakit yang kritikal dan tidak boleh dihantar ke Unit Radiologi.
Perkhidmatan Radiografi kecemasan disediakan 24 jam sehari. Jenis perkhidmatan adalah berdasarkan keperluan hospital.
Waktu Operasi
-
- Waktu Pejabat
Isnin – Khamis : 8.00 pagi - 1.00 petang
1.00 petang -2.00 petang kes-kes kecemasan sahaja
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari
12.15 tengahari – 2.45 petang kes-kes kecemasan sahaja
2.45 petang - 5.00 petang
Pemeriksaan ultrasound, temujanji pemeriksaan khas dan kes-kes saringan TB hanya dilakukan pada waktu pejabat dan hari bekerja sahaja.