Unit Dietetik dan Sajian bertanggungjawab melaksanakan dua perkhidmatan utama iaitu:
- Perkhidmatan dietetik klinikal Medical Nutrition Therapy(MNT) kepada semua pesakit dalam yang dirujuk oleh pegawai perubatan; dan
- Perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit serta anggota kesihatan yang layak tertakluk pada kelayakan yang ditetapkan oleh KKM.
Misi
- Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan
- Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip HALAL, GMP dan HACCP.
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Visi
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan berterusan.
Objektif
1. Perkhidmatan Dietetik
Memberi perkhidmatan medical nutrition therapy dengan melaksanakan nutrition care process serta promosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit
2. Perkhidmatan Sajian Makanan
- Memastikan diet normal dan teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas 3.
- Memastikan diet kelas 1 dibekalkan kepada doktor yang bertugas di atas panggilan.
- Menggalakkan penglibatan di dalam kajian perkhidmatan makanan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Memberi perkhidmatan makanan yang selamat, bersih, menepati masa dan berkualiti serta memastikan ianya mempunyai kandungan nutrisi yang optimal dalam penjagaan dan perawatan penyakit berkaitan dengan pemakanan.
Perkhidmatan
1. Perkhidmatan Dietetik
- Pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan kepada pegawai dietetik dengan surat rujukan akan diberi perkhidmatan Medical Nutrition Therapy melalui ”Nutrition Care Process” yang merangkumi ”Nutrition Assessment”, ”Nutrition Diagnosis”, ” Nutrition Intervention” dan ”Nutrition Monitoring & Evaluation” termasuk dokumentasi.
- Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendali atas keperluan.
- Penglibatan kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.
2. Perkhidmatan Sajian Makanan
- Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet, samada Diet Normal atau Diet Teraputik yang bersesuaian akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.
- Ibu yang menemani anak di Wad Kanak-Kanak iaitu MAC (Mother Accompany Child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
- Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu.
- Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
- Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.