Visi
Menjadi unit cemerlang yang berdaya saing tinggi dalam melaksanakan program peningkatan kualiti yang efektif dan cekap selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik
Misi
Meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan pesakit bersama seluruh warga kerja hospital dengan penggunaan teknologi maklumat terkini dengan semangat kerja berpasukan dan profesionalisme
Objektif Umum
- Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.
Objektif Khusus
- Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.
- Menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan dan penghasilan setahun.
- Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.
Piagam Pelanggan
Memastikan jumlah kadar compliance indikator HPIA/KPI yang dipantau dalam hospital mencapai ≥80%
Skop dan Fungsi Perkhidmatan
Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-
- Mengawasi pelaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan KKM.
- Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil
- Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
- Mengumpul data kualiti untuk dianalisis dan menyediakan laporan
- Menyebarkan maklumat mengenai kualiti peningkatan kualiti
- Merancang dan melatih anggota hospital dalam pelaksanaan aktiviti kualiti
- Mengendali dan mengurus urusan berkaitan pengauditan dan survey yang dijalankan sama ada dalaman atau luaran
- Membantu penyediaan jabatan dan unit terlibat dalam akreditasi hospital
- Membantu dalam penyelarasan tugasan terkini yang dipertanggungjawabkan oleh Pengarah Hospital
- Menyelaraskan aktiviti, sumber dan fasiliti antara Lead Hospital dengan hospital ini di bawah program Kluster Hospital
- Meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosis klinikal dan ketepatan penetapan kod ICD-10