Unit Kewangan merupakan tunjang utama yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengawal belanjawan peruntukan tahunan termasuk pengurusan waran peruntukan yang diterima daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi program Hospital Orang Asli Gombak. Unit ini juga menguruskan hasil hospital dan perolehan kerajaan. Peruntukan yang diterima juga digunakan untuk menguruskan segala jenis pembayaran seperti pembayaran gaji kakitangan, bayaran perolehan, tuntutan bayaran lebih masa, tuntutan perjalanan, tuntutan elaun kerja luar waktu bekerja biasa, tuntutan elaun penceramah, tuntutan pertukaran dan perpindahan, panjar wang runcit, bayaran pukal dan invois tanpa pesanan tempatan.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkesan, optima dan menepati masa bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
VISI
Memastikan sistem pengurusan yang cekap, berhemah dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Memastikan semua prosedur kewangan dipatuhi mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan penuh berdedikasi, cekap dan berintegriti.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Menguruskan Belanjawan Peruntukan Tahunan yang diterima.
- Pengurusan Waran Peruntukan termasuk peruntukan asal, tambahan, pindahan, ditarik, kecil dan dibatalkan.
- Menguruskan segala bentuk hasil hospital.
- Perolehan Kerajaan yang berkaitan perkhidmatan dan perolehan barangan.
- Pembayaran Gaji kakitangan hospital.
- Tuntutan Bayaran Lebih Masa.
- Tuntutan Perjalanan.
- Tuntutan Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa bagi pegawai perubatan.
- Tuntutan Elaun Penceramah.
- Tuntutan Pertukaran dan Perpindahan.
- Panjar Wang Runcit bagi pembelian di bawah RM500.00.
- Bayaran Pukal kepada Agensi Pukal.
- Invois Tanpa Pesanan Tempatan termasuk bayaran balik kepada kakitangan.
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.00 pagi – 05.00 petang