Unit Pentadbiran berperanan besar dalam pengendalian pengurusan dan pentadbiran Hospital Orang Asli Gombak dengan menyediakan khidmat sokongan kepada Bahagian Klinikal Hospital supaya dapat berfungsi dengan lebih cekap dan telus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit. Unit-unit yang berada dibawah pengendalian Unit Pentadbiran Hospital Orang Asli Gombak adalah seperti berikut :-
-
Unit Pentadbiran Am
- Unit Aset & Stor
- Unit Khidmat Pelanggan
- Unit Pengurusan Kenderaan
- Unit Kawalan Keselamatan
- Unit Asrama
-
Unit Teknologi Maklumat
MISI
Meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
VISI
Menjadi Unit Pentadbiran yang unggul, mantap dan telus dalam merealisasikan pengurusan cemerlang seiring dengan Misi & Visi Hospital Orang Asli Gombak.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Unit Pentadbiran menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
- Unit Pentadbiran Am
- Pengendalian urusan fail dan rekod
- Pengendalian surat dan memo perhubungan
- Pengurusan kad perakam waktu (KPW) dan thumb print
- Pengendalian rekod cuti untuk kakitangan Seksyen Pengurusan
- Kewangan Peribadi (Bank)
- Pengurusan penyediaan mesyuarat
- Menyediakan perkhidmatan fotokopi
- Menyediakan perkhidmatan penghantaran dan penerimaan surat.
- Unit Aset & Stor
- Pengendalian pendaftaran, penyimpanan, rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan asset alih kerajaan.
- Menyediakan bekalan alat tulis pejabat.
- Menyediakan barangan keperluan harian pesakit.
- Unit Khidmat Pelanggan
- Menyediakan saluran yang betul kepada pelanggan untuk mengemukakan sebarang aduan.
- Memberi tindak balas terhadap aduan yang telah dikemukakan.
- Mengendalikan panggilan keluar dan masuk.
- Unit Pengurusan Kenderaan
- Menyediakan penyata penggunaan minyak dan Touch N Go untuk kenderaan jabatan.
- Mengendalikan pengurusan buku log kenderaan jabatan.
- Unit Kawalan Keselamatan
- Unit Kawalan Keselamatan berperanan dalam mengendalikan pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan para pesakit dan warga Hospital Orang Asli Gombak.
- Unit Asrama
- Menguruskan pendaftaran masuk dan keluar serta kemudahan penginapan penghuni yang terdiri daripada Jururawat dan Pegawai-Pegawai lantikan baru Hospital Orang Asli Gombak.
- Unit Teknologi Maklumat
- Merancang, mengurus serta menyelenggara sistem rangkaian HOAG.
- Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan ICT kepada jabatan dan unit di HOAG.
- Mengemaskini Portal Rasmi HOAG dan memastikan kandungan portal sentiasa dikemaskini dan boleh diakses.
WAKTU BEROPERASI
Waktu operasi Unit Pentadbiran adalah seperti berikut :-
- Waktu Beroperasi : Waktu Pejabat
Isnin-Jumaat - Stor Alat Tulis & Kebajikan : Setiap hari Rabu pada minggu pertama dan kedua setiap bulan