
Unit Pergigian bergerak akan dilakukan setiap hari di kampung-kampung yang berbeza dan setiap kampung akan dilawati sebulan sekali. Bagi Klinik Pergigian di Hospital Orang Asli Gombak, pesakit yang datang terdiri daripada masyarakat Orang Asli sekitar Selangor, pesakit yang dirujuk dari wad dan kakitangan Hospital Orang Asli Gombak sendiri.
Unit ini sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan rawatan pergigian yang terbaik untuk masyarakat Orang Asli agar tahap kesihatan pergigian mereka akan terus meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, latihan berterusan diberikan kepada setiap kakitangan agar sentiasa kompiten serta kemudahan dan peralatan sentiasa dinaiktaraf bagi menjamin perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
Misi
Meningkatkan taraf kesihatan pergigian individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan pergigian yang moden di samping mengalakkan tanggungjawab individu dalam penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup yang sama dengan masyarakat lain.
Melaksanakan program kesihatan pergigian untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melaksanakan program kesihatan pergigian untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi
Seksyen Pergigian, Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah organisasi yang memiliki perkhidmatan kesihatan pergigian yang terbaik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan pergigian masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.
Perkhidmatan
Di Seksyen Pergigian, Kami terbahagi kepada dua unit, iaitu Unit Pergigian Statik dan Unit Pergigian Bergerak. Unit Pergigian Statik beroperasi di Klinik Pergigian Hospital Orang Asli Gombak pada setiap hari bekerja dan mengikut waktu pejabat. Unit Pergigian Bergerak beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan pihak pengurusan Hospital Orang Asli Gombak ke perkampungan Orang Asli Sekitar Selangor Dan Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan Unit Pergigian Statik :
- Pemeriksaan Pergigian.
- Cabutan gigi.
- Pembedahan Kecil Mulut.
- Tampalan Gigi.
- Rawatan Sealan Fisur.
- Rawatan Salur Akar.
- Penskaleran.
- Gigi Palsu.
- Nasihat Pergigian dan Latihan Memberus Gigi.
Perkhidmatan Unit Pergigian Bergerak :
- Pemeriksaan Pergigian.
- Cabutan Pergigian.
- Tampalan Gigi.
- Penskaleran.
- Nasihat Pergigian dan Latihan Memberus Gigi.
Waktu Beroperasi
AKTIVITI |
WAKTU OPERASI |
Unit Pergigian Statik |
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang |
Unit Pergigian Bergerak |
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang |
*Mengikut jadual yang ditetapkan pihak Pengurusan Hospital Orang Asli Gombak. |
No. Perhubungan
Talian Utama | : 03-6189 2122 ext. 561 |
Faks | : 03-6189 0695 |
Lokasi | : Aras 2, Bangunan Pentadbiran, HOAG |