![]() |
![]() |
![]() |
Unit Pemakanan di bawah Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak diperlukan bagi merancang dan membangunkan Program Pemakanan dalam kalangan komuniti Orang Asli sebagaimana selaras dengan dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini juga bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat.
MISI
Pemakanan yang sihat dalam membina masyarakat yang produktif dan kehidupan yang lebih berkualiti.
VISI
Memberi perkhidmatan pemakanan yang berkesan supaya masyarakat dapat mengamalkan pemakanan yang sihat.
OBJEKTIF
Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat Orang Asli supaya dapat mencegah, mengawal serta memulihkan masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan zat makanan melalui aktiviti-aktiviti promosi amalan pemakanan sihat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Utama
- Merancang, melaksana dan menilai program pemakanan.
- Menjalankan porgram pengawasan dan pemulihan pemakanan.
- Menjalankan program promosi pemakanan.
Khusus
- Pengendalian Kes Kanak-kanak Kurang Zat Makanan (KZM).
- Menguruskan Perolehan Peralatan / Perkhidmatan untuk Program Pemakanan.
- Pengurusan Latihan Pemakanan.
- Pengurusan Kajian Pemakanan.
- Pengurusan Runding Cara Pemakanan / Ceramah Pemakanan di Klinik.
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.30 pagi – 05.30 petang