Pilihan bahasa :

 
AUDIT PERSIJILAN SEMULA HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP) DAN GOOD MANUFACTURING PRACTICES (GMP) UNIT DIETETIK DAN SAJIAN, HOSPITAL ORANG ASLI, GOMBAK.
Pada 19 dan 20 September 2023, Unit Dietetik dan Sajian, Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah menerima lawatan audit bagi pensijilan semula HACCP dan GMP oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Audit ini telah diketuai oleh Puan Nor Azura binti Jaa’far bersama seorang lagi juruaudit Puan Shahidatul Anisah binti Mohd Sharif. Audit pensijilan semula yang berlangsung selama 2 hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para auditor diatas komen, cadangan dan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang audit ini berlangsung. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Unit Dietetik dan Sajian yang berjaya mengekalkan pensijilan ini. Syabas diucapkan!