Pilihan bahasa :

 
KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB
 
Pada 5 September 2024, Unit Sumber Manusia & Latihan, Jab. Pengurusan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib. bertempat di Dewan Dr. Bolton HOAG.
 
Objektif kursus yang dianjurkan adalah seperti berikut :
  1. Menyenaraikan tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam;
  2. Mengetahui dasar dan prosedur pengurusan kes tatatertib perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan - Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; dan
  3. Mengenalpasti prosedur dan kaedah menyelesaikan kes-kes tatatertib.
Kursus ini telah disampaikan oleh Cik Yap Lay Hoon, Ketua Penolong Pegarah M48, Unit Sumber Manusia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Seramai 43 orang kakitangan HOAG telah hadir dalam kursus ini. Semoga kursus yang dianjurkan dapat memberi pemahaman berkaitan Pengurusan Tatatertib dan dimanfaatkan oleh semua warga HOAG dalam memastikan sifar isu integriti di HOAG.