PIAGAM PELANGAN
HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK
 
  • Setiap pesakit akan diberi rawatan yang berkesan sejajar dengan keperluan masalah kesihatan mereka.

  • Perkhidmatan akan diberikan dengan saksama, cekap serta menepati masa oleh petugas yang mahir dan berpengetahuan.

  • Perkhidmatan akan diberikan dalam persekitaran yang selesa, sesuai dan selamat dengan menggunakan kaedah, peralatan serta kemudahan yang sesuai dan berfungsi baik.

  • Semua pesakit akan dilayan dengan hormat, mesra, bersopan santun dan ikhlas. Segala maklumat mengenai penyakit dan lain lain data peribadi mereka akan dirahsiakan.

  • Setiap pesakit dan penjaga akan diberi penerangan yang jelas mengenai masalah kesihatannya dan prosedur rawatan yang diberikan termasuk risiko yang mungkin dihadapi. Pesakit akan diberi kebebasan memilih jika terdapat rawatan alternative.

  • Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital atau institusi lain yang bersesuaian.