Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli ke arah kehidupan yang sihat dan produktif dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif dan kuratif.
OBJEKTIF
- Mengurangkan kejadian penyakit berjangkit dan kematian di kalangan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
- Mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di kawasan terlibat/wabak.
FUNGSI UTAMA
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit semasa menjalankan saringan di perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
- Memastikan pesakit dengan penyakit berjangkit mendapat rawatan di fasiliti perubatan sehingga tamat rawatan.
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA
- Pengesanan dan pengurusan kes penyakit Tuberculosis (TIBI)
- Pemantauan rawatan susulan penyakit TIBI dan Kusta bagi pesakit yang menerima rawatan di HOAG
- Pengendalian notifikasi untuk penyakit berjangkit
- Pengesanan dan pengurusan kes penyakit Kusta
- Pengurusan pesakit TIBI pindah rawatan
- Pengesanan dan pengurusan kes penyakit Sexual Transmitted Infection/Human Immunodeficiency Virus (STI/HIV)
- Penyiasatan kes TIBI, KUSTA, HIV, STI
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.00 pagi – 05.00 petang