Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli ke arah kehidupan yang sihat dan produktif dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif dan kuratif.
Objektif Promosi Kesihatan
Objektif utama unit ini adalah untuk memberi pengetahuan, mengubah sikap dan tingkahlaku sekaligus memberi kesedaran dan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli .
Objektif
- Memberi kesedaran kepada masyarakat Orang Asli tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan cara hidup sihat.
- Menyemai minat di kalangan masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan lagi pengetahuan mengenai kesihatan.
- Meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan diri dan keluarga.
Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi terhadap Hospital dan kesihatan Orang Asli Semenanjung seperti:
- Ceramah Kesihatan
- Pameran Kesihatan
- Tayangan Gambar Kesihatan
Aktiviti-Aktiviti Bagi Fungsi Utama
- Memberi ceramah dan tayangan gambar kesihatan semasa setiap kali lawatan kampung dan kem kesihatan
- Membuat pameran kesihatan semasa kem kesihatan
No. Perhubungan
Talian Utama | : 03-6189 2122 ext 628 |
Faks | : 03-6189 0695 |
Lokasi | : Aras 2, Bangunan Pentadbiran, HOAG |