Berita
Majlis Perasmian Minggu Oral Kanser 2025
Majlis Perasmian Minggu Oral Kanser 2025
7 Februari 2025 - Majlis Perasmian Minggu Oral Kanser 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Selayang selaku tuan rumah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, dengan kehadiran para tetamu jemputan dari pelbagai agensi, termasuk Jabatan Penjara Sungai Buloh, IPD Gombak, Balai Bomba Selayang, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), serta wakil pelajar dari Kolej Komuniti Selayang dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).
Tujuan utama program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan mengenai kanser mulut dan tindakan pencegahan untuk diri serta keluarga. Secara tidak langsung, Majllis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Mulut peringkat negeri Selangor tahun 2025 ini menjadi titik permulaan untuk usaha lebih bersepadu dalam menangani cabaran yang dibawa oleh penyakit ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penganjur termasuk rakan-rakan kolaborasi yang turut serta sebagai pempamir atas usaha menjayakan program ini