Pilihan Bahasa

Majlis Perasmian Ihya Ramadan & Seminar Fiqh Puasa, Zakat, Kesihatan Hospital Selayang 2025

Majlis Perasmian Ihya Ramadan & Seminar Fiqh Puasa, Zakat, Kesihatan Hospital Selayang 2025

21 Februari – Alhamdulillah, Auditorium Hospital Selayang telah menjadi lokasi bagi Majlis Perasmian Ihya Ramadan & Seminar Fiqh Puasa, Zakat, dan Kesihatan, yang dirasmikan oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, dan turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah serta warga hospital.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) menampilkan Ustaz Ahmad Fauwaz (Penceramah Bebas), Dr. Ishak Masud (Pengarah Hospital Pakar Al-Islam Al-Islam Specialist Hospital (Official) ), dan Ustaz Hamizul Abdul Hamid(Ketua Jabatan Dakwah & Perundangan Lembaga Zakat Selangor), yang berkongsi ilmu tentang ibadah puasa, zakat, dan kesihatan semasa Ramadan.

Kerjasama daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bank Islam Cawangan Selayang turut memeriahkan program dengan perkhidmatan khas kepada kakitangan hospital.

Antara aktiviti Ihya Ramadan yang bakal dianjurkan termasuk Tadarus Al-Quran, Solat Terawih & Moreh, Singgah Sahur, Agihan Bubur Lambuk, Khatam Al-Quran, serta Sumbangan Aidilfitri & Iftar bersama Anak Yatim.

Semua warga kerja Hospital Selayang dijemput untuk bersama-sama mengimarahkan program Ihya Ramadan ini dengan menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Semoga setiap langkah kita dalam menghidupkan Ramadan diberkati dan dirahmati Allah.

ihya1

ihya2

ihya3

ihya4

ihya5