Berita
Majlis Pelancaran Buku Pelan Tindakan Keselamatan Kebakaran & Penyampaian Sijil Perakuan Bomba Hospital Selayang 2025
Majlis Pelancaran Buku Pelan Tindakan Keselamatan Kebakaran & Penyampaian Sijil Perakuan Bomba Hospital Selayang 2025
24 Februari - Hospital Selayang dengan bangganya meraikan dua pencapaian penting dalam majlis yang berlangsung dan telah dirasmikan oleh Dr. Ummi Khaltom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), diiringi oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang, bersama Yang Setia Penguasa Kanan Bomba II Ahmadi Bin Mohammad Hassan, Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, serta Yang Setia Penguasa Kanan Bomba Zaidi Bin Athan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang.
Kejayaan ini merangkumi Penerbitan Buku Pelan Tindakan Keselamatan Kebakaran Edisi Ke-4 dan Penganugerahan Sijil Perakuan Bomba.
Majlis turut dihadiri oleh En. P. Wilson A/L V. Perianayagam, Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Negeri, Timbalan-Timbalan Pengarah Hospital, serta warga kerja Hospital Selayang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada persediaan dan kejayaan penerbitan Buku Pelan Tindakan Keselamatan Kebakaran.