Berita
Sumbangan Oleh The Coffee Bean & Tea Leaf - Malaysia
Sumbangan Oleh The Coffee Bean & Tea Leaf - Malaysia
28 Februari - Sebanyak 200 pek makanan dan minuman telah disumbangkan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf - Malaysia kepada warga Hospital Selayang sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan jasa mereka.
Program ini dikendalikan oleh En. Ryan Chiew, Retail Business Support Manager, bersama Pn. Saidatul Laila Zahari, Assistant Retail Business Support Manager. Turut membantu ialah En. Muhammad Fauzan Farhan, En. Muhammad Adam bin Ismai, dan Pn. Elina Sakina binti Kasan daripada Retail Cafe Support Team.
Pihak hospital mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan ini serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.