Bahagian Kewangan
Bahagian Kewangan, Hospital Selayang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) Gred M48 dan dibantu oleh seorang Akauntan Kanan Gred W44 dan seorang Penolong Akauntan Gred W32 .
Bahagian ini terbahagi kepada 4 Unit iaitu Unit Gaji, Unit Kewangan, Unit Perolehan dan Unit Hasil. Unit Hasil seramai 32 orang Pembantu Tadbir Operasi dan Kewangan. Unit Gaji seramai 6 orang Pembantu Tadbir Operasi dan Kewangan , Unit Kewangan seramai 6 orang Pembantu Tadbir Operasi dan Kewangan dan seorang Pembantu Akauntan Gred W17, Unit Perolehan seramai 2 orang Pembantu Tadbir dan Operasi.
Sebagai sebuah Hospital yang menggunakan teknologi maklumat sebagai asasnya sistem yang digunakan adalah :-
- Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan (eSPKB)
- Sistem Informasi Hospital (THIS)
Perkhidmatan yang disediakan adalah pengurusan kewangan dan kutipan hasil bersistem dan berinformasi seperti berikut :-
- Pengurusan Dasar-dasar Kewangan
- Pembayaran dan Kewangan Am
- Pengurusan Belanjawan
- Agihan peruntukan
- Pemantauan Belanjawan
- Pengurusan Hasil
- Pengurusan Tunggakan Kutipan Hasil
- Pengurusan Pengecualian Hasil