Pilihan Bahasa

Lets TALK Minda Sihat

Let's TALK : Adakah anda ok? (Bahasa Melayu)

"Anda tidak berseorangan, kami bersama-sama anda"

"Jika ada menghadapi masalah kesihatan mental, dapatkan bantuan. Kami mahu anda tahu yang anda tidak berseorangan. Kami sentiasa bersama anda. Kita telah bersama-sama mengharungi pandemik ini."

Itulah pesanan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada pelancaran Pelan Strategik Kesihatan Mental 2020-2025 dan Kempen Adakah anda OK?/Are you OK? sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, semalam, 10 Okt.

Beliau berkata, Pusat Komuniti Kesihatan Mental (Mentari) dan klinik kesihatan seluruh negara menyediakan perkhidmatan percuma kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.

'Namun, adakah perkhidmatan ini mudah diakses? Justeru, saya mahu KKM mengambil berat isu ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan ini," katanya.

Dalam satu ciapan di twitter sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam, YB Khary menekankan kesihatan fizikal berkait rapat dengan kesihatan mental.

Ciapan beliau itu mendapat penghargaan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ucapan terima kasih itu ditujukan kepada YB Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.

Menerusi ciapannya hari ini, Isnin, Dr Tedros juga menekankan nilai kebersamaan dalam menghadapi kesihatan mental.

Untuk maklumat lanjut kesihatan mental layari mindasihatkkm.com

Untuk maklumat lanjut kempen dan pertandingan Adakah anda OK? layari facebook/myhealth

Klik Di sini -> Video LET'S TALK : Adakah anda ok? (Bahasa Melayu)

lets talk1

 

lets talk2

lets talk3