Pilihan Bahasa

Jom Derma Darah. Selamatkan Tiga Nyawa.

Mesti semua orang pernah dengar, atau baca.
''Derma darah selamatkan tiga nyawa''

Untuk pengetahuan anda semua, darah yang anda dermakan akan di bawa ke tempat komponen (makmal untuk asingkan komponen darah)

Setiap darah yang anda dermakan akan melalui satu proses pengasingan untuk mengasingkan sel darah merah, platelet dan plasma.

Darah yang anda dermakan akan berada dalam mother bag, iaitu darah dalam bag seperti gambar di bawah. Selepas diproses, darah yang terasing akan masuk dalam dua bag kosong seperti dalam gambar.

Sel darah merah, plasma dan platelet yang telah terasing akan disimpan di tempat simpanan dengan suhu simpanan darah berbeza untuk setiap jenis. Setelah diasingkan komponen tersebut, baru darah tersebut akan diberi kepada pesakit.

Untuk pengetahuan penderma juga,
Sel darah merah, plasma dan platelet yang telah anda dermakan akan diberikan kepada pesakit mengikut keperluan darah pesakit tersebut.

Sebab itulah, anda akan baca dan dengar 'menderma darah selamatkan tiga nyawa''

Jadi, jom derma darah. Selamatkan tiga nyawa.

PDN01