Maklumat ini adalah untuk memberi penjelasan kepada pesakit/waris tentang keperluan mereka untuk membayar segala perkhidmatan yang dikenakan oleh Hospital Sungai Buloh terutamanya berkaitan kadar caj semasa mengikut Akta Fi (Perubatan) 1982 dan pindaan-pindaan yang berkuatkuasa.
Caj-Caj Perubatan
Kes Rujukan | Warganegara | BUKAN Warganegara | |
Warga Asing | UNHCR | ||
Hospital / Klinik Kerajaan (Pegawai Perubatan Kerajaan) |
Temujanji Pertama : PERCUMA Temujanji seterusnya: RM5 (Termasuk siasatan) |
Temujanji Pertama dan seterusnya: RM120 (Tidak termasuk caj siasatan, caj rawatan, caj ujian makmal dan caj implan / protesis) |
Temujanji Pertama dan seterusnya: RM60 (Tidak termasuk caj siasatan, caj rawatan, caj ujian makmal dan caj implan / protesis) |
Hospital / Klinik Swasta |
Temujanji Pertama : RM30 Temujanji seterusnya: RM5 (Tidak termasuk siasatan - caj siasatan dan rawatan adalah mengikut kadar kelas satu) |
||
Kes-Kes ulangan yang keluar dari wad | RM5 bagi setiap ulangan (Termasuk siasatan) |
Nota: Sila buat bayaran dahulu sebelum menghadiri sesi rawatan
Golongan yang dikecualikan dari bayaran:
- Kakitangan kerajaan yang mendapat surat pengesahan dari majikan
- Pelajar dengan surat pengesahan pelajar
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)