Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah satu dari perkhidmatan sokongan perubatan yang ada di Hospital Sungai Buloh. Jabatan ini terdiri dari dua blok berasingan, di mana Blok Utama Jabatan Dietetik dan Sajian terletak di Blok F Hospital Sungai Buloh dan Blok Kedua, Unit Dietetik dan Sajian di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:
i) Perkhidmatan Dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit dalam dan luar.
ii) Perkhidmatan Sajian yang disediakan dalam 2 sistem, iaitu:
a. Penswastaan (out-sourcing) kepada syarikat luar dalam pemberian makanan kepada pesakit yang dijalankan secara berpusat (centralised) di blok utama JDS Hospital Sungai Buloh.
b. In-house bagi Unit Dietetik dan Sajian di PKKN.
Pencapaian Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Dietetik
Kami bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dietetik klinikal yang selamat, tepat dan berkualiti berlandaskan ciri khidmat penyayang, bekerja berpasukan dan profesionalisma. Semua pelanggan adalah berhak mendapat khidmat seperti berikut:
- Pesakit yang dirujuk kepada pegawai dietetik akan diberi perkhidmatan terapi pemakanan klinikal:
Bagi kes urgent - Respon kepada rujukan dalam tempoh 24 jam.
Bagi kes non urgent - Respon kepada rujukan dalam tempoh 24 jam.
- Semua maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
Perkhidmatan Sajian
Kami bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sajian yang bersih, selamat, tepat dan berkualiti berlandaskan ciri khidmat penyayang, bekerja berpasukan dan profesionalisma.
Semua pelanggan adalah berhak mendapat khidmat seperti berikut:
- Memastikan makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah seimbang serta menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
- Setiap pesakit akan disaji 4 hidangan sehari.
- Memastikan hidangan diagihkan kepada pihak wad mengikut waktu ditetapkan:
|
Sarapan pagi | : | 7.00 pagi - 8.00 pagi |
Makan tengah hari | : | 12.00 tengah hari - 1.00 petang | |
Minum petang | : | 3.00 petang - 4.00 petang | |
Makan malam | : | 6.30 petang - 7.30 petang |
- Pegawai perubatan bertugas atas panggilan akan dibekalkan makanan mengikut kelayakan ditetapkan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
Misi
Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:
Perkhidmatan Dietetik
- Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ’evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
- Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
Perkhidmatan Sajian
- Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Visi
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Objektif Jabatan
Untuk memberikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.
Objektif Bahagian :
- Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan di wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak.
- Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan khidmat ‘medical nutriton therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ di beri kepada pesakit yang di rujuk oleh doktor.
- Untuk memberikan latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan Dietetik Klinikal pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.
- Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar dikendalikan secara individu dan berkumpulan mengikut jadual seperti Jadual 1.
- Memberi latihan sangkutan kepada pelajar-pelajar kursus dietetik dalam bidang dietetik klinikal dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
Perkhidmatan Sajian Makanan
Perkhidmatan Sajian Makanan di Hospital Sungai Buloh dijalankan secara berpusat di mana makanan akan disediakan, di masak, dimasukkan ke dalam tray makanan individu mengikut jenis diet dan dihidangkan kepada pelanggan.
Segala peralatan hidangan perlu di kutip semula untuk dibersihkan dan di simpan di Jabatan Dietetik dan Sajian. Semua kerja-kerja ini dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik di premis yang disediakan.
Bagi memastikan prestasi perkhidmatan dan kualiti makanan yang disediakan menepati kehendak hospital dan kementerian, aktiviti pemantauan dan penilaian telah dijalankan oleh Pegawai / Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dari masa ke semasa.
Perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelanggan yang dijalankan sepanjang tahun melibatkan perkara-perkara berikut:
- Membekalkan / memastikan bekalan diet berdasarkan pesanan yang di terima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
- Membekalkan / memastikan bekalan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak.
- Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu.
- Membekalkan / memastikan bekalan diet kelas satu kepada doktor yang bertugas atas panggilan dan petugas dewan bedah di hospital.
- Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
- Melibatkan kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
- Melaksanakan pemantauan ke atas Syarikat yang ditawarkan kontrak, bagi hospital yang perkhidmatan sajiannya di ’outsource’ oleh pegawai-pegawai Jabatan Sajian & Dietetik hospital bagi pihak Pengarah Hospital. Rujukan: Perjanjian kontrak ’outsourcing’ perkhidmatan makanan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Puan Yusmaeliza Binti Istihat | Ketua Jabatan | 7105 | yusmaeliza[at]gov.my |
No
|
Jabatan
|
Lokasi
|
Samb
|
---|---|---|---|
1 | Jabatan Dietetik dan Sajian | Bilik Ketua Jabatan | 7105 |
2 | Jabatan Dietetik dan Sajian | Bilik Pegawai Dietetik | 7104 |
3 | Jabatan Dietetik dan Sajian | Bilik Pegawai / Penolong Pegawai Penyediaan Makanan | 7101/7106 |
4 | Dapur Operasi | Bilik Kerani Diet (Bilik Pesanan Diet) | 7102/7103 |
5 | Bilik Kaunseling Pemakanan | Klinik Pakar Aras 1 | 7101 |
6 | Unit Sajian Pusat Kawalan Kusta Negara | Bilik Penolong Pegawai Penyediaan Makanan | 03-61561321 (samb: 2311) |
7 | Unit Sajian Pusat Kawalan Kusta Negara | Bilik Operasi Sajian | 03-61561321 (samb: 2310) |