ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Unit Kawalan Infeksi

Pengenalan

Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi mula beroperasi pada tahun 2007. Unit ini bertanggungjawab menjalankan pemantauan terhadap kes-kes HAI (Hospital Acquired Infection) serta Multi Drug Resistant Organism (MDRO) dan mempertingkatkan amalan pencegahan dan kawalan infeksi untuk mengurangkan jangkitan dengan mengikuti polisi terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Pasukan Pencegahan dan Kawalan Infeksi kini terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Infection Control Doctor, Ketua Penyelia Jururawat, Ketua Unit, Penyelia Jururawat, Pegawai Perubatan dan Infection Control Nurse.

Jawatankuasa Kawalan Infeksi Dan Antibiotik (HIACC) telah dibentuk pada Februari 2007 untuk melaksanakan program dan polisi kawalan infeksi peringkat Hospital Sungai Buloh.

Visi

Kami akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kawalan infeksi bagi mengurangkan HAI (Hospital Acquired Infection) melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal,latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi selaras dengan amalan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisma).

Misi

Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi secara berkesan melalui pemantauan berterusan, latihan dan pendidikan untuk anggota kesihatan, perkhidmatan sokongan, pesakit dan pelawat bagi mengurangkan kadar HAI (Hospital Acquired Infection).

Objektif

  1. Mencegah dan mengawal serta mengurangkan rebakan HAI (Hospital Acquired Infection) dengan menjalankan aktiviti Lab Based Surveillance dan Clinical Based Surveillance.
  2. Meningkatkan kesedaran dan pendidikan staf dalam amalan kawalan infeksi melalui latihan, audit environmental, pematuhan dan surveillance secara berterusan.
  3. Memastikan keselamatan persekitaran kepada pesakit, staf dan anggota support service
  4. Menjalankan pencegahan kawalan infeksi semasa wabak.
  5. Mengurangkan risiko transmisi jangkitan semasa pembangunan dan pengubahsuaian.
  6. Menjadi rujukan berkaitan pencegahan dan kawalan infeksi kepada semua jabatan atau unit di hospital.
  7. Menjadi pusat kecemerlangan dalam melatih link nurse dan pelatih perubatan atau jururawat dan sebagainya.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Melakukan aktiviti Lab-based Suveillance
    1. Mengumpul dan menganalisa data MDRO (Multi-drug resistant organism) di wad
    2. Menghantar data ke unit kualiti (Patient Safety) dan JKNS
    3. Melakukan rondaan pematuhan Isolation Precaution di wad
  2. Melakukan aktiviti Clinical-based Surveillance seperti pematuhan ‘5 moments of Hand Hygiene’, aktiviti Plan-Do-Study-Action (PDSA), pematuhan ‘New Norms’ dan ‘Care Bundle’ di pelbagai jabatan termasuk:
    1. ICU
    2. Perubatan
    3. Neurologi
    4. Orthopaedik
    5. Surgikal
    6. Obstetrik dan Gynaekologi
    7. Paediatrik
    8. PKKN
  3. Melakukan Point Prevalence Survey untuk:
    1. BSI
    2. CAUTI
    3. VAP/HAP
    4. SSI
  4. Memberi latihan berkenaan:
    1. PPE
    2. PAPR
    3. Reuse N95
    4. Orientasi house officer, pelajar perubatan dan semua staf baru
    5. CME dan bedside teaching
    6. Bengkel link nurse posbasik
    7. Bengkel bersama penyelia jururawat dan ketua jururawat
    8. Bengkel bersama healthcare worker
    9. Bengkel bersama Radicare
    10. Kursus dan Klinik IPC
    11. Kempen Hand Hygiene
  5. Melibatkan diri dalam kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan di hospital
    1. Menjalankan ‘Risk Renovation Pre-assessment’ sebelum kerja pengubahsuaian dilakukan
    2. Menjalankan Air Particle dan Air Sampling bila diperlukan
    3. Menjalankan pengurusan kulat

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Yasmin binti Mohamed Gani Ketua Unit 7028 dryasmingani[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3053661
Pengunjung Hari Ini: 85
Jumlah Pengunjung: 3,053,661
Image