Pengenalan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Unit) telah ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh mulai 24 Ogos 2017. Unit ini diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan adalah secara langsung di bawah penyeliaan Pengarah Hospital.
Unit ini sebelumnya adalah sebahagian daripada Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Keluarga yang dikenali sebagai Klinik Staf/Klinik Perubatan Primer.
Unit ini terdiri daripada pegawai perubatan (kesihatan pekerjaan), pegawai perubatan, jururawat terlatih, penolong pegawai perubatan dan pembantu tadbir. Setakat ini terdapat 11 kakitangan di Unit ini.
Misi
- Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan warga hospital terjamin.
- Memastikan kawasan dan suasana kerja selamat, sihat dan sejahtera.
Visi
Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja yang selamat dan sihat.
Objektif
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Hospital Sungai Buloh bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan para perkerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital ini.
- Memastikan keselamatan dan kesihatan warga hospital dan pekerja-pekerja kontrak serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.
- Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota perubatan serta pekerja-pekerja hospital terhadap risiko/hazad keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti kerja.
- Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selamat bagi semua warga hospital serta pelanggan hospital.
- Meningkatkan pengetahuan semua warga hospital serta pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
- Mengumpul data, menganalisa data dan menyampaikan maklumat mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada warga hospital.
- Meningkatkan serta mengawal pangkalan data yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/ keracunan dan kemalangan/kecederaan
- Meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja melalui komunikasi dua hala yang berkesan.
- Merancang serta menyelaras aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan peringkat hospital.
- Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Fungsi utama unit ini adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Bahagian III: Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (Seksyen 11)
Fungsi unit ini adalah seperti yang disenaraikan:
- Memberi konsultasi dan rawatan di Klinik Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi kes-kes baru dan susulan yang berkaitan penyakit dan kecederaan pekerjaan
- Pemeriksaan kesihatan anggota (KOSPEN PLUS)
- Pemeriksaan anggota yang terdedah kepada Sinaran X -ray
- Saringan kesihatan untuk Pulmonary Tuberculosis di kalangan kakitangan hospital yang berisiko tinggi
- Pemeriksaan dan rawatan untuk kakitangan hospital yang menghidapi Latent Tuberculosis Infection (LTBI)
- Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan
- Program Imunisasi Seasonal flu (Influenza)
- Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
- Siasatan kes kecederaan tertusuk jarum
- Menguruskan aktiviti-aktiviti dan mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
- Menjalankan Audit Keselamatan di tempat kerja
- Penilaian Risiko Di Tempat Kerja – HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)
- Notifikasi kes kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
- Penyiasatan kes kemalangan dan kecederaan di tempat kerja
- Penyiasatan penyakit pekerjaan di kalangan kakitangan hospital
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Gogillan A/L S.Sevaratnam | Ketua Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan | 7018 | gogillan[at]moh.gov.my |