ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan adalah jabatan sokongan hospital yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus rekod perubatan pesakit fizikal dan elektronik, permohonan laporan perubatan dan bedah siasat, persidangan lembaga perubatan, pengurusan perangkaan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) dan klasifikasi penyakit / prosedur klinikal berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD).

Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam menguruskan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital.

Jabatan ini terletak di Aras 3 bersebelahan Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan BahagianTeknologi Maklumat.

 

 

Waktu Operasi Kaunter Jabatan Rekod Perubatan

Hari
                            Masa
Isnin - Khamis

8.00 pagi - 1.00 petang

Rehat

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi - 12.15 tengah hari

Rehat

2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu / Ahad / Cuti Umum  Tutup

 

Unit Pengurusan Rekod Perubatan 

Hospital Sungai Buloh menggunakan rekod perubatan elektronik (EMR) di mana aplikasi HIS telah digunakan untuk proses pendaftaran dan perawatan pesakit secara menyeluruh. Pengurusan maklumat klinikal di dalam EMR dikawal selia oleh Jabatan Rekod Perubatan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat bagi pengurusan teknikal sistem. Terdapat juga dokumen rekod perubatan yang tidak menggunakan EMR disebabkan faktor limitasi sistem dan sebagai bukti kes Medico-Legal. Pengurusan rekod perubatan fizikal ini melibatkan aktiviti penerimaan, penjilidan, penyimpanan, pinjaman serta pelupusan rekod dan difailkan menggunakan Sistem Terminal Digit dan Kod Warna.

Merujuk Garispanduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit bagi Hospital dan Institusi Perubatan Bil 17/2010, menyatakan maklumat di dalam Rekod Perubatan adalah hak milik pesakit dan secara fizikalnya adalah hak milik hospital. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat perintah mahkamah untuk pihak hospital menyerahkan salinan Rekod Perubatan kepada mana-mana orang, pihak hospital hendaklah mematuhi perintah mahkamah tersebut.

 

Pengurusan rekod perubatan fizikal :

  • Menerima, menyemak dan mendaftar pergerakan rekod perubatan fizikal di dalam Sistem Folder Tracking HIS.
  • Memfail rekod perubatan di rak mengikut Garis Panduan Pengurusan Rekod Perubatan, KKM.
  • Memproses pinjaman rekod perubatan bagi tujuan kesinambungan rawatan, perintah mahkamah, penyelidikan, audit hospital kerajaan/klinik kesihatan, siasatan dalaman dan luar hospital.
  • Melaksanakan proses pelupusan rekod perubatan apabila tamat tempoh simpanan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan KKM.

Pengesahan maklumat kesihatan pesakit :

  • Pengesahan rekod kelahiran dan kematian bagi kes pendaftaran lewat JPN
  • Pengesahan kesahihan sijil cuti sakit yang diragui majikan
  • Pengesahan tarikh kedatangan pesakit luar / kemasukan Wad.

Pengesahan rekod kelahiran dan kematian bagi kes pendaftaran lewat di JPN :

  1. Hadir ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan atau pos permohonan ke alamat Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh.
  2. Permohonan bertulis (nyatakan tarikh kelahiran / kematian) / atau dengan cara mengisi borang permohonan di kaunter dan melampirkan dokumen sokongan. (Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan).
  3. Borang JPN LM 01 / 02 akan dimajukan kepada Ketua Jururawat Dewan Bersalin / Ketua Jabatan Forensik untuk pengesahan berpandukan semakan Buku Daftar Bersalin / Buku Daftar Kematian.
  4. Tempoh siap bagi proses pengesahan rekod kelahiran dan kematian adalah 14 hari bekerja.

 

Senarai dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan rekod kelahiran dan kematian:

Jenis Permohonan Dokumen diperlukan 
Pengesahan rekod kelahiran daftar lewat
  1. Permohonan bertulis / Isi borang permohonan di kaunter. Borang boleh dimuat turun di 
    Borang Permohonan Pengesahan Rekod Kelahiran
  2. Salinan Kad Pengenalan / dokumen pengenalan diri ibubapa kandung / penjaga yang sah / pemohon / akuan bersumpah jika berkaitan.
  3. Buku pemeriksaan ibu mengandung (warna merah-jika ada).
  4. Borang Pengesahan Kelahiran (jika ada).
  5. Borang JPN LM 01.
  6. Laporan Polis sekiranya dokumen berkaitan didapati hilang.
Pengesahan rekod kematian daftar lewat
  1. Permohonan bertulis / Isi borang permohonan di kaunter.
  2. Salinan Kad Pengenalan / dokumen pengenalan diri simati / waris yang sah / pemohon / akuan bersumpah jika berkaitan.
  3. Salinan Permit Menguburkan.
  4. Borang JPN LM 02.
  5. Laporan Polis sekiranya dokumen berkaitan didapati hilang.

 

Pengesahan sijil cuti sakit diragui majikan

Permohonan secara bertulis kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh menggunakan kepala surat rasmi (letterhead) jabatan bersama salinan sijil cuti sakit yang diragui. Permohonan perlu secara pos berdaftar atau serahan tangan di Kaunter JRP. Tempoh masa pengesahan adalah 14 hari bekerja.

Permohonan akan dikemukakan kepada Unit Stor dan Alat Tulis, Bahagian Pentadbiran Hospital Sungai Buloh yang mengawal pengeluaran Buku Sijil Cuti Sakit Hospital serta No. Siri Sijil Cuti Sakit.
 
Bahagian Pentadbiran selanjutnya akan memajukan permohonan kepada Ketua Jabatan Klinikal bagi pengesanan salinan pendua Sijil Cuti Sakit sekiranya Buku Sijil Cuti Sakit tiada dalam simpanan Unit Stor dan Alat Tulis.
 
Proses pengesanan dan pengesahan Sijil Cuti Sakit Diragui mengambil masa 14 hari bekerja atau lebih bagi setiap satu salinan Sijil Cuti Sakit bergantung kepada lokasi Buku Sijil Cuti Sakit tersebut dan bilangan pengesanan semasa yang diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran.
 

Unit Pengurusan Laporan Perubatan / Bedah Siasat dan Lembaga Perubatan

Unit Pengurusan Laporan Perubatan / Laporan Bedah Siasat menguruskan permohonan semua jenis laporan perubatan (termasuk borang insuran, KWSP, PERKESO, OKU, Zakat, JKM dan lain-lain jenis laporan). Unit ini juga menyelaras persidangan Lembaga Perubatan / Jemaah Doktor yang dipohon melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, PERKESO dan KWSP.

Permohonan Laporan Perubatan / Laporan Bedah Siasat boleh dibuat dengan hadir ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3 atau pos berdaftar permohonan ke alamat Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh. Sila rujuk ;

Carta Alir Proses Permohonan Laporan Perubatan dan Laporan Bedah Siasat

Salinan CD atau filem X-Ray / CT Scan / MRI / Keputusan Ujian Makmal tidak boleh diberikan kepada pesakit dan pihak ketiga kecuali atas tujuan rujukan rawatan susulan ke fasiliti lain / second opinion tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan Klinikal.

Merujuk Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan Pesakit KKM Bil 16/2010, pesakit hanya boleh mendapatkan keputusan X-Ray / CT Scan / MRI / Ujian Makmal dengan memohon laporan perubatan keputusan ujian daripada Ketua Jabatan Radiologi atau Patologi dan dikenakan caj mengikut Akta Fi Perubatan.

 

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan laporan perubatan / bedah siasat

1) Surat permohonan bertulis / borang permohonan laporan perubatan / surat keizinan asal / original  consent letter .

Sila muat turun borang di sini

Sekiranya melibatkan permohonan daripada pihak ketiga, kebenaran bertulis (ASAL) hendaklah diberi oleh pesakit / waris simati / penjaga. Sila lampirkan dokumen yang menunjukkan pertalian waris.       

2) Salinan kad pengenalan pesakit / pertalian waris terdekat ( kes mati / kanak-kanak ).

3) Nota discaj wad / salinan kad rawatan temujanji klinik pakar / tarikh kedatangan Jabatan Kecemasan.

4) Resit bayaran laporan perubatan dari Unit Hasil. Bayaran boleh dibuat secara tunai di Kaunter Unit Hasil / wang pos / cek atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh. Unit Hasil akan membuat semakan tunggakan bil hospital terlebih dahulu. Pemohon perlu menjelaskan tunggakan bil jika ada sebelum permohonan laporan perubatan boleh diproses.

5) Lampiran borang laporan perubatan berkaitan jika ada seperti borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, Zakat, JKM dan lain-lain laporan untuk pengisian oleh Pegawai Perubatan. Jika tiada borang, laporan akan disediakan mengikut format rasmi KKM.

Jenis Laporan
Caj Bayaran
Disediakan oleh
Warganegara
*Warga Asing
Laporan Perubatan Biasa
RM40.00
RM120.00
Pegawai Perubatan
Laporan Perubatan Biasa (ringkas pakar)
RM80.00
RM240.00
Pakar
*Laporan Terperinci Pakar
RM200.00 hingga RM1000.00
RM400.00 hingga RM2000.00
Pakar
 
 Caj bayaran Laporan Terperinci Pakar bagi warga asing adalah dua kali ganda 
*   Bergantung kepada kerumitan menyediakan Laporan Perubatan Pakar Terperinci tersebut

Kadar Caj Laporan Perubatan merujuk Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah fi ( Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014, Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015 dan Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM (pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10 (GU))

 

Nota ** Hanya permohonan dengan dokumen lengkap sahaja akan didaftar dan diserahkan kepada Pegawai Perubatan di Jabatan Klinikal.

Tempoh siap permohonan lengkap laporan perubatan dan bedah siasat dikira daripada tarikh permohonan lengkap diterima ;

  1. Laporan perubatan biasa : 28 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
  2. Laporan bedah siasat : 65 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) Sampel Hispatologi & Toksikologi  di hantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian lanjut.

Semakan laporan perubatan siap adalah dengan melayari Laman Web Hospital Sungai Buloh / Utama / Permohonan @ Semakan Laporan Perubatan

Hanya pesakit atau wakil yang membawa surat keizinan asal sahaja dibenarkan mengambil laporan perubatan. Surat keizinan bagi wakil boleh dimuat turun di  Surat Keizinan Mengeluarkan Laporan Perubatan / Bedah Siasat.

Sekiranya laporan perubatan tidak diambil dalam tempoh 2 bulan, laporan tersebut akan dihantar secara pos ke alamat pemohon. Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan laporan yang telah dihantar menerusi pos.

 

Unit Perangkaan HMIS dan Klasifikasi Penyakit ICD

Unit ini mengurus perangkaan Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (HMIS) secara harian dan bulanan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan menyelaraskan permohonan maklumat perangkaan dari agensi kerajaan dan para penyelidik.

Pengkelasan penyakit bagi kes pesakit dalam dan prosedur klinikal adalah berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD) WHO.

Permohonan dari agensi kerajaan / berkanun untuk memohon maklumat perangkaan perlu melalui Pengarah Hospital / Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi permohonan data untuk tujuan penyelidikan, merujuk Pekeliling KPK Bil. 9/2007, semua penyelidikan KKM perlu didaftarkan secara online di web National Medical Research Register (NMRR) www.nmrr.gov.my dan diluluskan oleh KKM bersama Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (JEPP) / Medical Research & Ethics Committee (MREC) KKM jika berkaitan. Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) hospital akan membantu memberikan khidmat nasihat lanjut.

 

Direktori

Sebarang pertanyaan sila hubungi:    
Talian Utama Hospital :  03-6145 4333

*Talian adalah terhad, anggota mengutamakan layanan pemohon yang hadir secara fizikal

Semakan status permohonan Laporan Perubatan : Permohonan / Semakan Laporan Perubatan

Unit Laporan Perubatan ( Pejabat ) :  samb. 4362 / 4363
Unit Perpustakaan Rekod Perubatan  :  samb. 4364 / 4367 / 4370
Unit Perangkaan HMIS & Klasifikasi Penyakit :  samb. 4365 / 4366

 

 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2996572
Pengunjung Hari Ini: 207
Jumlah Pengunjung: 2,996,572
Image