Pengenalan
Unit Kualiti dibuka pada 24 Januari 2007 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2007. Moto Unit Kualiti adalah “KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN”. Skop utama Unit Kualiti adalah menyelaras pelaksanaan semua aktiviti peningkatan kualiti hospital mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Unit Kualiti dipengerusikan oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah (Perubatan). Bermula tahun 2020 Unit Kualiti dan Lean Healthcare berada di bawah Direktorat Perubatan.
Visi
Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian dengan kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan professional.
Misi
Misi Unit Kualiti ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan anggota Hospital Sungai Buloh dalam mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan.
Objektif
- Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna di Hospital Sungai Buloh.
- Melatih kakitangan dalam aktiviti inisiatif kualiti.
- Menyimpan, mengumpul data yang berkaitan dengan Inisiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ‘Incident Reporting’, ‘National Indicator Approach (NIA)’ dan lain-lain.
Skop Perkhidmatan
- Menyelaras pelaksanaan semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti hospital serta mengambil bahagian dalam program-program yang dianjurkan oleh hospital yang berasaskan kepada pendidikan dan penyelidikan.
- Menyelaraskan sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.
- Mengurus dan mentadbir Auditorium dan Bilik Seminar 1 & 2.
- Mengendalikan tempahan kegunaan Auditorium dan Bilik Seminar.
- Menyimpan,mengumpul salinan minit dan stastistik berkaitan dengan Initiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ’Incident Reporting’, ’National Indicator Approach (NIA)’ dan lain-lain.
- Menyelaras dan mengendalikan kursus, seminar dan bengkelyang berkaitan dengan aktiviti peningkatan kualiti untuk warga Hospital Sungai Buloh.
- Menyelaras dan mengendalikan program persijilan seperti Akreditasi, Program Bebas Kesakitan dan lain-lain di peringkat hospital.
- Menyelaras program Lean Healthcare di peringkat hospital.
- Menyelaras program Kluster Zon Selangor Utara bersama Non-Lead Hospital Sabak Bernam dan Hospital Tanjung Karang.
- Menjadi Seketrariat dan membantu penubuhan jawatankuasa yang berkaitan dengan aktiviti peningkatan kualiti.
Portfolio di bawah Unit Kualiti Hospital Sungai Buloh
Item No
|
Committee Secretariat
|
---|---|
1. | NIA/KPI Committee |
2. | Malaysian Patient Safety Committee |
3. | Accreditation Steering Committee |
4. | Pain Free Committee |
5. | Lean Healthcare Initiatives |
6. | Northern Selangor Region Cluster Hospital |
7. | Credentialing Privileging Committee |
8. | Risk Management Committee |
9. | Incident Reporting |
10. | Clinical Audit Committee |
11. | QAP/KIK Projects Committee |
12. | Resuscitation Programme Committee |
13. | Patient and Family Rights Committee |
14. | Pain Free Hospital |
15. | Mortality and Morbidity Committee |
Waktu Operasi
8.00 pagi - 5.00 petang
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Zainooriha Binti Othman | Ketua Unit Kualiti | 5223 |
drzainooriha[at]moh.gov.my |
2 | Dr. Charmaine Gan Sze Hui | Pegawai Perubatan UD48 | 5224 | dr.ganszehui[at]moh.gov.my |
3 | Dr. Poh Ka Jin | Pegawai Perubatan UD48 | 5221 | dr.pohkajin[at]moh.gov.my |
4 | Dr. Aarvinder Kaur | Pegawai Perubatan UD48 | 5225 | dr.aarvinder[at]moh.gov.my |
5 | Dr. Wong Pik Yuet | Pegawai Perubatan UD48 | 5225 | drwongpikyuet[at]moh.gov.my |
6 | Dr. Jonathan Chua Zhi Ern | Pegawai Perubatan UD41 | 5221 | drjonathanchua[at]moh.gov.my |
7 | Dr. Izzah Munirah Binti Hamidin | Pegawai Perubatan UD44 | 5224 | drizzahmunira[at]moh.gov.my |
8 | Puan Shartine Binti Wan Chek | Jururawat TBK U32 | 5222 | shartine[at]moh.gov.my |