Pengenalan
Klinik Oftalmologi di Hospital Sungai Buloh mula berfungsi pada 16 Ogos 2006. Sejak itu, Jabatan Oftalmologi telah berkembang dengan pesat dan kini menyediakan perkhidmatan Oftalmologi Am serta Subkepakaran Kornea. Perkhidmatan kornea telah dimulakan pada tahun 2007, kini, Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan penyakit kornea.
Visi
Menyediakan perkhidmatan perawatan, pembedahan dan pemulihan yang profesional dengan mengamalkan teknologi semasa dan selamat yang disediakan oleh kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.
Misi
Mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan mata untuk menjamin kualiti pemeliharaan mata yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.
Objektif Jabatan
- Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kecacatan penglihatan dapat dikurangkan.
- Mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
- Mengekalkan serta mempertingkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan Oftalmologi agar menjadi pusat rujukan terunggul dan utama.
- Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang penyakit –penyakit mata dan komplikasinya serta cara pencegahannya.
- Menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi petugas dan kakitangan perkhidmatan mata.
- Menjalinkan sikap mesra pelanggan.
Fungsi-Fungsi Utama
- Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman.
- Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang mempunyai masalah berkaitan dengan mata.
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata ke atas kes-kes yang memerlukannya.
- Menyediakan perkhidmatan klinik - klinik khas iaitu klinik kornea dan klinik ‘retinopathy of prematurity’.
- Menyediakan perkhidmatan klinik refraksi, klinik penglihatan terhad, klinik penglihatan binokular dan klinik kanta lekap.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan pendidikan kesihatan mata.
- Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan melalui CME dan CNE untuk kakitangan klinik.
Perkhidmatan Jabatan
1. Perkhidmatan Pesakit Luar
Jabatan ini berfungsi sebagai klinik rujukan pakar. Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana pakar atau pegawai perubatan sama ada dari hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kerajaan mahupun klinik swasta. Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji. Kes-kes Kecemasan akan diberi keutamaan, di mana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Klinik Oftalmologi menetapkan temujanji mengunakan waktu anjal berperingkat. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Klinik Subkepakaran Kornea
- Perkhidmatan subkepakaran kornea merupakan matlamat utama jabatan ini di mana jabatan ini menerima kes-kes kornea dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak
- Klinik Oftalmologi Am
- Klinik Kecemasan Oftalmologi
- Klinik Retinopathy of Prematurity
2. Perkhidmatan Optometri
Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
- Refraksi
- Kanta Lekap
- Saringan Diabetik Retinopati
- Ujian dan rawatan anomali penglihatan binokular
- Ujian penglihatan terhad
- Ujian Medan Penglihatan ( HVF & Bjerrum)
- Ujian Hess
- Keratometri
- A-scan
- Ujian cornea topografi
- Penilaian Optometri Paediatrik
3. Perkhidmatan Laser
Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan rawatan laser.
4. Perkhidmatan Pesakit Dalaman
Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut di wad atau memerlukan pembedahan mata akan dimasukkan ke dalam wad. Perkhidmatan Pesakit Dalam disediakan di Wad 7D (Dewasa) dan 8C (Kanak-kanak).
5. Perkhidmatan Pembedahan
Pembedahan mata dijalankan secara bius setempat atau bius am. Rawatan pembedahan disediakan secara rawatan harian (Daycare) atau dimasukkan ke wad mengikut keperluan seseorang pesakit. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Pembedahan Transplantasi Kornea
- Pembedahan Kanser Permukaan Mata
- Pembedahan Katarak
- Pembedahan Transplantasi Membran Amniotik
- Pembedahan Kecemasan – Ruptured Globe/ Eyelid and Eyeball Laceration
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Jabatan Oftalmologi
|
Samb
|
---|---|---|
1 | Kaunter Klinik Oftalmologi | 1160 |
2 | Kaunter Temujanji (Untuk pertukaran temujanji, sila telefon selepas pukul 3.00 petang) |
1160 |
3 | Penyelia Klinik Oftalmologi | 1173 |
4 | Wad Mata 7D - Kaunter Jururawat | 4780 |
5 | Klinik Optometri | 1167 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Shamala Retnasabapathy | Ketua Jabatan & Pakar Perunding | 1161 | drshamala[at]moh.gov.my |
2 | Puan Azizah Binti Abu Hassin | Pembantu Tadbir (P.A) | 2203 | - |
3 | Dr. Chandramalar A/P T.Santhirathelagan | Pakar Perunding Perubatan Kanan Oftalmologi | - | dr.chandramalarhsb[at]moh.gov.my |
4 | Dr. Siti Nor Roha Binti Daman Huri | Pakar Perunding Oftalmologi | - | - |
5 | Dr. Che Mahiran Binti Che Daud | Pakar Oftalmologi | - | drmahiran[at]moh.gov.my |
6 | Dr. Nurfahzura Binti Mohd Jamil | Pakar Oftalmologi | - | - |
7 | Dr. Jeyarine Monica Joan Poobal Royan | Pakar Oftalmologi | - | - |
8 | Dr. Raihan Binti Abdul Rahim | Pakar Oftalmologi | - | dr.raihanrahim[at]moh.gov.my |
9 | Dr. Nilani Binti Mohamad Nawi | Pakar Oftalmologi | - | dr.nilani[at]moh.gov.my |
10 | Dr. Sangeeta A/P Surendran | Pakar Oftalmologi | - | - |
11 | Dr. Fatin Nadia Binti Zamawi | Pakar Oftalmologi | - | - |
12 | Dr. Logesvaran A/P Murugan | Pakar Oftalmologi | - | |
13 | Dr. Nor Diyana Binti Zainal Noor | Pakar Oftalmologi | - | - |
14 | Dr. Ho Su Wen | Pakar Oftalmologi | - | - |
15 | Puan Narjis Binti Satar | Ketua Optometri |
1167 | - |
16 | Encik Harman Bin Haron | Penyelia Klinik |
1173 | harman.haron[at]moh.gov.my |