Pengenalan
Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu jabatan yang baru beroperasi di Hospital Sungai Buloh semenjak tahun 2008. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Perkhidmatan pakar pergigian pediatrik di hospital ini meliputi kawasan Lembah Klang, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sungai Besar.
Piagam Pelanggan
- Setiap pesakit akan diberikan rawatan, penjagaan dan pemulihan (rehabilitasi) yang berkualiti di hospital ini.
- Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakhluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
Misi
Untuk mempertingkatkan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga umur 16 tahun melalui langkah-langkah pencegahan, pendidikan dan perkhidmatan rawatan kepakaran pergigian pediatrik secara holistik.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengendalian kes trauma pergigian dan rawatan pergigian kanak-kanak berpenyakit berjangkit.
Objektif Jabatan
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik.
- Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif dan kuratif dengan penekanan kepada konsep ‘orally-fit’.
Objektif
Melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal:
- Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi tumpuan ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.
- Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedik dalam bidang pergigian pediatrik.
- Menjalankan program kajiselidik dan audit.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian.
- Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut.
- Rawatan pesakit luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut.
- Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Khamis minggu terakhir setiap bulan.
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |