ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Pediatrik

Pengenalan

Jabatan Pediatrik & Neonatologi telah memulakan perkhidmatan dalam bulan Ogos 2006 di mana perkhidmatan dimulakan dengan pesakit luar di Klinik Pediatrik. Pada 11 September 2006 perkhidmatan pesakit dalam telah dimulakan dengan memindahkan pesakit-pesakit dari Pusat Kawalan Kusta Negara ke Hospital Sungai Buloh yang baru. Perawatan pesakit-pesakit pediatrik dilengkapi dengan kemudahan klinik dan wad. Hospital ini mempunyai satu Wad Pediatrik Umum yang terletak di aras lapan (Wad 8C) dan Wad NICU yang terletak di aras dua untuk menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, manakala Klinik Pediatrik pula terletak di aras satu bagi menyediakan perawatan pesakit luar.

Misi

  • Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan seterusnya memantau sasaran setanding dengan yang terbaik.
  • Kami juga menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza dan kami akan menghormati dan melindungi hak-hak individu.
  • Kami akan menjadi sebagai ‘advocate’ bagi kanak-kanak yang istimewa dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
  • Kami akan bekerjasama dengan ahli-ahli profesional yang lain untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di jabatan ini.
  • Kami akan beri tanggung jawab ke atas kesihatan pesakit, ahli keluarga dan juga komuniti yang terlibat.
  • Kami akan memastikan persekitaran yang baik untuk meningkatkan peluang pembelajaran yang berterusan di setiap kategori anggota.
  • Kami akan memastikan bahawa persekitaran di jabatan ini adalah dinamik dan sihat untuk semua anggota berkerjasama.
  • Kami akan memastikan semua perkhidmatan yang diberi adalah yang terkini dan ‘cost-effective’.

Visi

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh kepada kanak-kanak dan ibubapa / penjaga di hospital dan juga dalam komuniti berlandaskan teknologi yang terkini dan berorientasikan mesra pelanggan.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan secara ’Evidence- Base’.
  • Memberikan perawatan kesihatan berlandaskan individu kepada pesakit dan ahli keluarga.
  • Menyemaikan perasaan bangga dikalangan anggota yang bertugas di jabatan.
  • Menjalankan audit terhadap perkhidmatan yang diberikan dari masa ke semasa untuk penambahbaikan.
  • Menggalakkan aktiviti-aktiviti pembelajaran berterusan di kalangan anggota untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

A. Pesakit Dalam 

  • Pesakit pediatrik yang dimasukkan ke Wad 8C dan NICU
  • Merawat pesakit yang di rujuk oleh doktor dari Jabatan Kecemasan / klinik kesihatan dan hospital lain.
  • Merawat bayi-bayi di wad postnatal.
  • Merawat bayi-bayi yang baru dilahirkan di bilik bersalin.
  • Memeriksa dan merawat bayi-bayi yang baru lahir melalui kaedah pembedahan.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi.  

B. Pesakit Luar

  • Merawat pesakit pediatrik baru.
  • Merawat pesakit pediatrik ulangan.
  • Menjalankan rawatan ulangan bayi-bayi pramatang secara ’multi-disciplinary’ bersama-sama dengan jabatan-jabatan lain. 

C. Pemberian ’sedation’ untuk pesakit pediatrik yang menjalani ujian radiologi

Direktori

Talian Utama   03-61454333

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Sitti Sulhoon binti Mohamed Ketua Jabatan Pediatrik 2246 sittisulhoon[at]moh.gov.my
2 Dr. Zahilah Filzah Binti Mohd Zulkifli Pakar Perunding Pediatrik - -
3 Dr. Norhasni Binti Md Zin Pakar Pediatrik - -
4 Dr. Chin Sheau Yin Pakar Pediatrik - -
5 Dr. Sheena Davahran Pakar Pediatrik - -
6 Dr. Soo Hui Fang Pakar Pediatrik - -
7 Dr. Yasmin Binti Abu Talib Pakar Pediatrik - -
8 Dr. Chua Hooi Chee Pakar Pediatrik - -

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3053620
Pengunjung Hari Ini: 44
Jumlah Pengunjung: 3,053,620
Image