ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Bahagian Akaun

Pengenalan

Unit Kewangan berperanan dalam memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan. Ia juga bertanggungjawab dalam pengurusan gaji kakitangan.

Unit Hasil berperanan dalam mengutip segala hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital.

Percapaian Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan tepat di dalam suasana yang selesa, mesra dan bersopan santun serta diberi maklumat sewajarnya. Pembayaran bil/ tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari dari tarikh terima dokumen lengkap. Bayaran balik deposit rawatan juga akan dibayar dalam tempoh 1 hari bekerja.

Misi

Unit Hasil akan melaksanakan kutipan hasil dengan bersistem informasi, menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkesan, menguatkuasakan semua peraturan kewangan dan prihatin terhadap layanan pada pelanggan.

Visi

Menjadi pengurusan hasil bersistem informasi yang terbaik dalam hospital.

Objektif

  • Mengutip hasil hospital melebihi 80% dan mengurangkan tunggakan hasil melebihi 20% selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan betul serta penuh tanggungjawab demi meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pada pelanggan demi meningkatkan imej hospital.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pendaftaran pesakit yang dirujukkan untuk masuk ke wad.
  • Menerima segala kutipan hasil seperti :
    • Deposit kemasukan ke wad
    • Bayaran bil Hospital Sungai Buloh
    • Bayaran Laporan Perubatan
    • Bayaran Sewa Premis
    • Bayaran Balik Gaji Kakitangan
    • Bayaran Balik Asrama
    • Bayaran Balik Bil Air dan Elektrik
    • Bayaran Deposit External Fixator
    • Bayaran Bil FPP
  • Menyediakan perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)
  • Menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai/bank draft/wang pos/kiriman wang/ kad kredit dan debit.
  • Mengembalikan baki wang cagaran kepada pesakit/waris.
  • Menerima dan mengendalikan Surat Jaminan Pesakit yang diterima melalui fax / pos dan emel.

Jadual Waktu Perkhidmatan Unit Hasil dan Bayaran

Kaunter
Masa
Kaunter Utama Hasil 7.30 pagi - 9:00 malam
Kaunter Klinik Pakar 1 & 2 7.30 pagi - 5:00 petang
Kaunter Pendaftaran Rehabilitasi 7.30 pagi - 4:00 petang
Kaunter Pendaftaran ED dan PAC 24 jam
Pejabat Hasil & Kewangan 8.00 pagi - 5.00 petang

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Puan Nor Azlida binti Junaidi Akauntan 2923 azlida.junaidi[at]moh.gov.my
2 Puan Zaleha binti Abdul Malek Ketua Pembantu Tadbir 2267 -
3 Cik Auni Fauzira binti Ghazali Penolong Akauntan 4215 aunifauzira[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3053621
Pengunjung Hari Ini: 45
Jumlah Pengunjung: 3,053,621
Image